Selasa, 4 September 2012

Jenis Perambut Toman & Cara Pemasangan Umpan

Setting perambut toman yang terbaik adalah menggunakan cable atau steel 40lb - 60lb....ikut saiz matakail, besar umpan....dan jugak saiz toman yang korang nak carik. Panjang perambut yang besa aku buat pulak antara 2 - 3 jengkal jari aku. Perambut dari tangsi pun boleh, guna 70lb...tapi untuk main toman saiz pampers je la, kot kena saiz atas 2kg memang kompom putus....
  

1) Perambut Torpedo....jenis ni untuk umpan mati jerk....biasa match ngan isi ayam atau daging kambing. Kalau dah guna perambut ni, bermakna memang nak main toman-toman saiz megatron je la...saiz curut tak layan......



Bahan-bahan dia.....mana-mana bahagian isi ayam, tanpa tulang, tanpa lemak tanpa kulit. Benang jahit baju pun kena standby jugak...kalau xdak, tangsi halus pun boleh...kalau xdak jugak, getah pasar pun jadik....hadoiiiiii.....


Isi ayam tu kasi potong, hiris panjang...lebor-lebor. Kalau kecik nanti susah pulak nak pasang kat matakail...


Dah siap potong, kasi cangkok la isi ayam tu satu persatu. Mula dari matakail, lilit sampai ke mata 3...kot nampak cam berterabur sikit pun tak apa, masa nak ikat ngan benang nanti buleh ejas balik...


Bila dah siap pasang & ikat ngan benang....lebih kurang cam ni la rupa dia. Hensem x..??? ngehehe...ni kira dah siap la nih, dah buleh la kalau nak bergasak...


Kalau diperhatikan mata 3 kat bawah tu 100% dah kena salut dengan isi ayam. Jadik yang akan sangkut atau bolt di molot toman tu hanya matakail bahagian atas tu sahaja....bermakna perambut jenis ni selamat dan boleh digunakan kerana tidak akan mendatangkan kecederaan parah pada toman-toman yang bakal di strike...




2) Perambut standard......perambut jenis ni amat sesuai untuk kesemua jenis umpan hidup dan juga umpan mati...teknik bottom buleh, nk dimainkan bersama pelampung pun boleh...



Matakail kasi sangkut pada bahagian ekor jika menggunakan tilapia, lampam atau belida...Dan sekiranya menggunakan keli sebagai umpan, matakail pacak je pada bahagian ekor, tengah badan atau tang tengkuk dia...





3) Perambut Y 2 Mata......jenis ni untuk main dengan pelampung sahaja...1 cakok tang tengkuk, 1 lagi kasi cakok tang ekor.....x pun matakail tu bubuh je tang memana yang korang rasa kompiden....ngeeeee....peratus nk strike mmg tggi....x caye cuba try test.... :)


 





 
 4) Mata Rambai....Korang ingat rohu je ada mata rambai..??? Ni ha mata rambai untuk toman...matakail tu kasi sangkut je umpan mati yang dah dipotong kecik-kecik @ dadu...isi ayam, daging lembu, kambing atau daging belut. Boleh main bottom atau guna pelampung. Selain toman, kura-kura & labi-labi pun dah biasa bawak naik dengan perambut ni...puiiiii....




 
5) Perambut maut....Perambut jenis ni pun untuk umpan idup...keli, tilapia, belida & lampam.....matakail bahagian ujung tu boh kat ekor...tapi penggunaan perambut camni agak kejam sikit sebab toman-toman yang berjaya di strike tu kompom mati, kalau kena mau rabak kerongkong si toman...jika boleh elakkan penggunaan perambut jenis ni...walaupun hanya menggunakan satu matakail sahaja, kalau dah rezeki memang tak kemana.....lagi 1 kelemahan dia, perambut jenis ni mudah sangat sangkut kalau main kat spot yang ada banyak rumpai, batu & kayu...



Buat masa ni, hanya perambut-perambut jenis ni sahaja yang biasa aku guna untuk memancing si toman. Dan bagi setiap perambut ada kelebihan & kelemahan memasing....korang cuba la sendiri....baru tau....ngeeeeee...



Update 22/10/2012
SET PERAMBUT TOMAN
Pada yang malaih nak ngikat atau tak tau-tau lagi nak buat, buleh order jerk kat aku...huhuhu....


10 item:
1. Perambut Standart (2 pcs)
2. Perambut Y 2 Mata (3 pcs)
3. Perambut Torpedo (1 pcs)
4. Mata Rambai (1 pcs)
5. Pin (3 pcs)

Kos: RM20 + RM5 untuk Pos Laju
COD: Desa Pandan, Taman Maluri @ Tesco Ampang
Call / sms 016-321 3559 (Mapia)



    Khamis, 23 Ogos 2012

    Seronoknye Cuti Raya 2012....Jom Gasakkkk....


    Amboiiiii....Raya tahun ni semakain bertambah-tambah pulak kegilaan aku nak turun memancing....tak kiralah teknik casting, bottom...sungai, tasek, tali air, petak sawah, kolam berbayar, tempat ada ikan, tempat takdak ikan....asal boleh, kompom aku redah......

    Port: Sekitar Negeri Perlis & Kedah


    Lokasi: TASEK MELATI
    Tarikh: Pagi 16/8/2012



    Lokasi: KOLAM ZAHARI, BUKIT CHABANG
    Tarikh:  Petang 16/8/2012



    Lokasi: KOLAM AQUA PRO
    Tarikh: Malam 16/8/2012



    Lokasi: TASEK MELATI
    Tarikh: Petang 17/8/2012

     

    Lokasi: KOLAM AQUA PRO
    Tarikh: Malam 17/8/2012



    Lokasi: KOLAM ZAHARI, BUKIT CHABANG
    Tarikh: Petang 18/8/2012


    Lokasi: PETAK SAWAH
    Tarikh: Pagi 19/8/2012



    Lokasi: TALI AIR
    Tarikh: Petang 20/8/2012



    Lokasi: KOLAM AQUA PRO
    Tarikh: Pagi 21/8/2012



    Lokasi: KOLAM PAK LAH
    Tarikh: Pagi 22/8/2012




    Gitu le serba ringkas cerita pasai raya aku tahun 2012 ni.....huhuhu....
    Selamat Hari Raya pada semua....Maaf Zahir Batin....





    Khamis, 2 Ogos 2012

    KL-SELANGOR Port Memancing Free

    Post kali ni aku nak story sikit mengenai tempat-tempat memancing @ casting secara percuma yang ada disekitar Lembah Klang...tak kira la air masin atau air tawar, yang penting boleh mancing pree...kot korang nak bertapa 2 hari 3 malam kat sana pun tak ada sapa nak marah....kehkehkeh....

    1) Empangan Batu, Ulu Yam














    Spesis Standard: Toman, Tilapia, Selat, Tongsan, Rohu, Ketutu, Keli, Kaloi
    Spesis Luar Biasa: Arapaima, Pari Air Tawar
    Port Menyengat: Kawasan beting pasir & kawasan parking pokok kelapa
    Lain-Lain: Waktu malam tak ramai yang mengeport kat sini, kalau nak turun jugak elok datang dalam 5-6 orang...lagi ramai lagi selamat dan jangan lupa bawak segala senjata yang ada (pisau rambo, parang, keris, cangkul...) sebab kawasan agak panasssss....



    2) Tasek Pandan Perdana













    Spesis Standard: Patin, Keli, Toman
    Spesis Luar Biasa: Arapaima (dulu ada orang lepas 2 ekor kat sini....strike 1 ekor, tinggal lah lagi sekor....)
    Lain-Lain: Malam nak layan kat sini pun ok...kat pondok memancing tu memang 24 jam ada orang...ahli-ahli Kelab Pancing Tmn. Tasek Pdn. Perdana le tu....


    3) Empangan Semenyih













    Spesis: Toman, Belida, Kaloi, Keli
    Lain-Lain: Sri Bayu antara kolam berbayar yang terdekat dengan port ni...jadik, kalau dah sehari semalam membangau kat sini elok le kalau korang cuba memancing kat kolam berbayar pulak...ngehehe....


    4) Sungai Kelang













    Spesis: Tilapia, Keli, Lampam
    Lain-Lain: Port sekadar nak lepas gian je nih....


    5) Tasek Metropolitan, Kepong












    Spesis: Toman, Tilapia, Keli
    Lain-Lain: Yang nak carik tilapia elok sangat la berkunjung kat sini....beso-beso tilapia dia, guna umpan roti jerk. Masih ramai yang tak tau Tasek Metropolitan ni bukan kawasan larangan memancing, tapi siang dari 7am hingga 7pm je...malam pintu pagar ditutup...


    6) Tasek Prima, Puchong












    Spesis: Toman, Peacock Bass
    Lain-Lain: Besar gak tasek nih....kalau tak nak main tepi buleh sewa bot kat sana....memang best la kalau nak layan casting. Dengar-dengar cerita Arapaima pun ada kat tasek nih....



    7) Lombong Sekitar Putra Perdana











    Spesis: Toman, Keli, Tilapia, Patin
    Lain-Lain: Kalau nak layan toman, amalan sport fishing (Catch & Release) adalah yang terbaik kat sini sebab toman dah memang terasa sangat berkurangan kat lombong-lombong sekitar Putra Perdana....aicehhhhh.....


    8) Lombong & Tasek Sekitar Cyberjaya














    Spesis: Toman
    Lain-Lain: Tak berapa pasti spesis lain yang menghuni disini....asyik layan toman jer...hadoiiiiiiii......


    9) Tasek Permaisuri, Cheras














    Spesis: Rohu, Belida, Selat, Keli, Tilapia, Patin
    Lain-Lain: Sebenarnya port ni adalah kawasan larangan memancing....waktu yang paling ideal kalau nak redah adalah dari 10 malam hingga 7 pagi (time tu DBKL tengah syok tido...kadang-kadang je diorang ronda)....biasa kalau turun tu memang ramai kaki-kaki mancing yang ada kat sana, jadik kalau kantoi ke, kene cekup ke...ada jugak teman....kehkehkeh....


    10) Tasek Titiwangsa












    Spesis: Toman, Rohu, Belida, Keli, Tilapia, Patin
    Lain-Lain: Situasi sama seperti di Tasek Permaisuri...cuma disini keadaan kadangkala lebih ektrem sikit sebab DBKL selalu ronda naik kuda.....port cantek memang bayak halangan dan dugaan....


    11) Empangan Kuala Kubu Baru 












      
    Spesis: Toman, Keli, Tengas, Patin
    Lain-Lain: Selain layan ikan....layan panorama kat sini pun memang best....5 bintang 


    12) Empangan Klang Gate, Taman Melawati















    Spesis: Toman, Tengas
    Lain-Lain: Dari luar nak ke port ni kene tracking dalam 15 hingga 20 minit....agak advanture jugak lah, nak-nak pada musim hujan....kalau nk cepat, senang dan mudah, cuba-cuba la masuk ikut pintu pagar puncak niaga, terus jumpa turbin tempat air jatuh tu....pastu kompom korang kene tangkap sebab menceroboh & kena angkut gi balai...ikat jamin pulak RM5K.....hehehe...pengalaman aku nih...


    13) Wetland Putrajaya













    Spesis: Toman, Lampam, Baung, Belida, Tengas
    Lain-Lain: Tempat berbayar sebenarnya, sehari RM20/1 joran.....sesuai sangat kalau nk beriadah dengan keluarga...anak-anak....



    14) Tanjung Harapan aka Tanjung Gila, Klang














    Spesis: Gelama, Siakap
    Lain-Lain: Kena standby perambut lebih sikit sebab kadang-kadang kerap sangkut kat batu-batu (dalam air) yang diorang buat benteng tu......adoiiii tensyen nyer.....
    p/s: tak cukup ilmu lagi aku nak mancin tempat macam ni...


    15) Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor














    Spesis: Gelama, Siakap, Baracuda (Alu-Alu)
    Lain-Lain: Lokasi paling santai kalau nak main pesisir pantai....Kalau nak turun pada hari sabtu/ahad boleh la bawak satu famili beriadah sebab pelbagai gerai jualan dibuka pada hari tersebut, macam-macam ada...dari hasil laut, makanan, pakaian, barang permainan, haiwan peliharaan dan segala bagai la...budak-budak termasuk mak budak mesti seronok....hehehe, boleh kopak poket....


    16) Tasek Seksyen 7, Shah Alam














    Spesis: Haruan, Baung, Tilapia Hitam, Lampam Jawa
    Lain-Lain: Patin yang penganjur lepas untuk game pun masih ada lagi berlegar-legar kat dalam tasek ni...kalau nak di ikutkan nk mancing disini kena amek lesen dengan MBSA dulu kat guard house...tapi bila gi guard house dia x pernah bukak pun...jadi...mancin free je lah..haha



    17) Tasek Sri Rampai, Setapak



    Spesis: Toman, PB, Tilapia, Patin, Diamond
    Lain-Lain: Korang jangan nak mengada-ngada menjala kat port nih...silap aribulan boleh bertumbuk dengan otai-otai kat sini...hikhik....


    18) Ladang Sawit Sekitar Ijok


















    Spesis: Haruan
    Lain-Lain: Luas kawasan ladang sawit & banyak perkampungan kat sini. Tang mana ada tali air, try je la...menyambor-nyambor ruan dok kejar katak getah...haha...
    p/s: xyah risau x jumpa tali air...sepanjang jalan, kiri kanan ada tali air


    19) Tasek Temoh














    Spesis: Rohu, Tongsan, Haruan, Ketutu, PB
    Lain-Lain: Port luar KL-Selangor sebenarnya...tapi saje je aku nk inform pasal tempat ni memang menarik kalau korang nak try. Kalau on the way balik utara memang aku nyinggah dulu kat sini, dapat baling umpan 2-3 ketoi pun xpe..hikhik...kedudukan tasik ni memang bebetoi tepi main road. Time malam banyak ketutu dok berhimpun kat hujung tasik, area restoran. Kata orang toman pun ada kat sini...tapi aku x penah dapat lagi, biasa umpan anak-anak tilapia & keli aku haruan je yang dok sapu dulu....




    Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat mancin yang ada kat Lembah Klang nih. Tapi hanya ini sahaja le port mancing free yang biasa aku turun buat masa ni...dan ada beberapa tempat tersebut yang dah jadik port rasmi aku turun mancin bila ada kelapangan. In Sya Allah kalau ada port-port menarik yang lain aku akan update dari masa ke semasa...