Sabtu, 1 Jun 2013

Penyebab Kumpau Berdarah Semasa Memancing Toman

Aicehhh, dah 8 kali turun mancin...tapi haram, seko toman pun tak naik lagi nih. Tekanan betul laa...haha, baru 8 kali je pun...rekod peribadi aku pernah kumpau berterusan selama 2 bulan pada disember 2011 - januari 2012, masa tu memang 2 atau 3 hari sekali aku akan turun carik toman...antara jam 10am sampai 6pm. Jangan kata nak makan umpan...langgar tali pun tak dak...tu kira rekod peribadi aku la kalau nak citer pasai kumpau berdarah...haha, ujian suma tu...rileks-rileks suda....

Kat bawah ni aku list kan antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita berputih mata semasa memancing toman....


  • Tersilap bajet umpan. Walaupun mungkin tilapia dan keli menjadi senarai teratas sebagai umpan toman...sebenarnya diet utama beliau berbeza di setiap tempat. Sebagai contoh sekiranya sesuatu port terdapat banyak lampam, maka umpan lampam mungkin akan lebih menyengat dari umpan-umpan lain.
  • Terlalu cepat nak sembat apabila tali berdesup keluar.
  • Terlalu lambat nak sembat pun masalah gak....
  • Sekiranya menggunakan pelampung pun camtu jugak...takat tenggelam timbul 3-4 kali tu bior je...hulurkan lagi tali. Kekadang akan terjadi adegan kejar mengejar terlebih dahulu. Bila dah bebetoi tenggelam, baru zassss...Untuk maklumat, jika toman bersaiz megatron dah betul-betul memakan umpan, akan timbul sekumpulan gelembung-gelembung udara secara serentak dimana kawasan beliau berada semasa menjamah umpan dan seandainya keadaan pada masa itu tidak berombak, gelembung udara tesebut masih boleh dilihat walaupun dalam jarak anggaran 20-30 meter dari tebing.
  • Penggunaan saiz matakail yang tidak bersesuaian dengan saiz umpan hidup. Contohnya jika matakail besar dipasang hanya pada anak keli...semestinya anak keli tersebut akan kaku, tidak mampu berenang dan hanya akan tenggelam didasar seterusnyatidak dapat menarik perhatian dan mengorat toman-toman yang lalu lalang.
  • Terlalu banyak matakail yang dipacakkan pada badan umpan hidup...konon kalau toman makan nanti kompom tak akan terlepas. Yang terbaik untuk bottom hanyalah 1 mata sahaja dipacakkan manakala jika menggunakan pelampung maksima 2 mata sahaja. Jika melampau banyak mata yang dicucuk akan menyebabkan umpan hidup tidak mampu berenang dan mati.
  • Teknik yang digunakan tidak bersesuaian dengan cuaca dan keadaan air. Penggunaan pelampung adalah terbaik semasa air dalam keadaan tenang dan tidak berapa menyengat jika digunakan semasa cuaca panas terik dan keadaan air berombak. Namun, penggunaan pelampung masih relevan pada spot yang terlindung dari sinaran mentari walaupun memancing di tengahari buta.
  • Penggunaan perambut tangsi...boleh je...kalau sanggup kena gelak ngan toman yang dah menyerang hendap umpan...hehe...sekali je beliau henjut, kompom putus. Walau camana pun, untuk memerangkap toman rempit, perambut tangsi 60-70lb masih boleh dipercayai.
  • Kedekut mau tukar umpan. Umpan hidup yang dah lunyai, tidak aktif, telah letih, malas nak berenang...gantikan je dengan umpan yang baru, toksah dok berkira sangat. Hanya umpan hidup yang aktif bergerak je yang mampu mengganggu gugat kesabaran toman.
  • Masih belum ada rezeki...cuba, cuba dan cuba lagi...
  • Port yang kita turun tu memang tak dak toman...ecehhh....