Memaparkan catatan dengan label Channidae Family. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Channidae Family. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Julai 2012

Macam-Macam Hal Pasai Snakehead

1. BABY CHANNA
Walaupun ada pelbagai corak dan warna, tapi kebanyakan spesis Channidae ni semasa zaman pampers memang lebih kurang sama...jalur kuning tu tetap ada....





































2.CHANNA MICROPELTES
Toman daripada spesis Channa Micropeltes yang cedera pada bahagian luaran seperti sopak dan luka biasanya akan sembuh dalam 3 hari...dan dalam jangkamasa 7 hari, sisik baru akan tumbuh dan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang parut @ kesan yang beliau pernah tercedera....

Manakala matakail yang lepas ke dalam (selalu sangat terjadi pada kaki-kaki bottom) dan tersangkut pada bahagian kerongkong, biasanya akan terlucut dalam tempoh 1 higga 2 minggu....

p/s: Melalui pemerhatian aku semata-mata
 




















3.TRANSFORMASI SAIZ BADAN TOMAN RIMAU

April 2012 (23cm) - Jun 2012 (44cm)
Dibela secara solo didalam akuarium 3 kaki
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam

Mengikut rekod aku, kebanyakan anak toman yang dibela dengan diet yang mencukupi mampu membesar suku dari saiz badan beliau dalam masa sebulan setengah....namun, keluasan tempat simpanan/kolah/akuarium juga adalah faktor yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran saiz beliau

Satu kepuasan bila tengok beliau membesar depan mata







































Spesis Toman Dari Serata Dunia

Berikut adalah beberapa jenis toman yang terdapat di serata dunia dan ada antaranya hanya mampu membesar lebih kurang 20cm atau sebesar tapak tangan sahaja. Namun, oleh kerana kecomelan dan kecantikan melampau, ianya amat sesuai jadikan ikan perhiasan. Memang berseri-seri rumah kalau dapat bela spesis-spesis ni....































 

































Memang cantik kalau bubuh dalam akuarium...walaupun cantik, comel & kiut, ianya tetap spesis predator...jadik, jangan pulak korang buat berani seluk tangan dalam akuarium....kot hilang pulak sebatang dua jari nanti.....

Manakala dalam keluarga Channidae.....Channa Diplogramma yang berasal dari Cochin River, Southwestern India adalah yang paling menyerupai dari segi bentuk badan, warna dan juga corak Giant Snakehead (Channa Micropeltes) yang banyak terdapat di negara kita, Malaysia. Diplogramma juga lebih dikenali dengan nama MALABAR Snekehead. Bagi sesetengah kes, agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua spesis ini.
















Lebih kurang macam ni le keadaan saiz, corak serta fizikal anak-anak toman yang baru lahir dengan toman-toman yang telah matang ataupun dewasa....


































Berikut adalah tempat dan habitat asal spesis channa yang tercatat dalam sebuah laman web di AS...apa yg aku tau, di AS diorang ni agak anti dengan toman-toman liar yang ada kat sana sebab diorang takut toman-toman  tersebut akan mengancam spesis-spesis tempatan yang ada...sepertimana di Malaysia, ada antara kita yg risau dengan kehadiran Arapaima serta Peacock Bass kat spot masing-masing...kehkeh...