Selasa, 9 Oktober 2012

Jadi laaa....Janji tak rentung....

Antara toman-toman saiz curut yang berjaya di strike.....walaupun majoriti aku angkut bawak balik, tapi ada jugak yang dilepaskan semula sebab tak menepati kriteria yang aku carik....




namun, apa yang paling mengecewakan aku bila toman-toman yang berjaya di strike tu mati pasai cedera parah sebab matakail sangkut tang kerongkong ataupun terkena pada insang beliau.....adoyaiiiiii....





Umpan Toman

Antara jenis-jenis umpan yang boleh korang guna untuk membottom toman....
Lagi besar umpan....lagi besor le saiz toman yang bakal di strike....tapi jangan lupa jugak...lagi besar umpan lagi tinggi le peratus korang nk rentung a.k.a. membangau....Lagi satu, umpan kecik pun tak semestinya untuk toman-toman saiz ciput je....
Kalau aku, tak kisah la toman kecik ke besor.....asalkan tak rentung....kalau dah keluar warna ngan corak, satu bonus lagi untuk aku....buleh gak aku letgo kat sesapa yg berminat.....ngehehe....



Berpantang Maut Sebelum Ajal

Bior gambar jerk yang menceritakan segalanya....huhuhu.....




Selasa, 4 September 2012

Jenis Perambut Toman & Cara Pemasangan Umpan

Setting perambut toman yang terbaik adalah menggunakan cable atau steel 40lb - 60lb....ikut saiz matakail, besar umpan....dan jugak saiz toman yang korang nak carik. Panjang perambut yang besa aku buat pulak antara 2 - 3 jengkal jari aku. Perambut dari tangsi pun boleh, guna 70lb...tapi untuk main toman saiz pampers je la, kot kena saiz atas 2kg memang kompom putus....
  

1) Perambut Torpedo....jenis ni untuk umpan mati jerk....biasa match ngan isi ayam atau daging kambing. Kalau dah guna perambut ni, bermakna memang nak main toman-toman saiz megatron je la...saiz curut tak layan......



Bahan-bahan dia.....mana-mana bahagian isi ayam, tanpa tulang, tanpa lemak tanpa kulit. Benang jahit baju pun kena standby jugak...kalau xdak, tangsi halus pun boleh...kalau xdak jugak, getah pasar pun jadik....hadoiiiiii.....


Isi ayam tu kasi potong, hiris panjang...lebor-lebor. Kalau kecik nanti susah pulak nak pasang kat matakail...


Dah siap potong, kasi cangkok la isi ayam tu satu persatu. Mula dari matakail, lilit sampai ke mata 3...kot nampak cam berterabur sikit pun tak apa, masa nak ikat ngan benang nanti buleh ejas balik...


Bila dah siap pasang & ikat ngan benang....lebih kurang cam ni la rupa dia. Hensem x..??? ngehehe...ni kira dah siap la nih, dah buleh la kalau nak bergasak...


Kalau diperhatikan mata 3 kat bawah tu 100% dah kena salut dengan isi ayam. Jadik yang akan sangkut atau bolt di molot toman tu hanya matakail bahagian atas tu sahaja....bermakna perambut jenis ni selamat dan boleh digunakan kerana tidak akan mendatangkan kecederaan parah pada toman-toman yang bakal di strike...




2) Perambut standard......perambut jenis ni amat sesuai untuk kesemua jenis umpan hidup dan juga umpan mati...teknik bottom buleh, nk dimainkan bersama pelampung pun boleh...



Matakail kasi sangkut pada bahagian ekor jika menggunakan tilapia, lampam atau belida...Dan sekiranya menggunakan keli sebagai umpan, matakail pacak je pada bahagian ekor, tengah badan atau tang tengkuk dia...





3) Perambut Y 2 Mata......jenis ni untuk main dengan pelampung sahaja...1 cakok tang tengkuk, 1 lagi kasi cakok tang ekor.....x pun matakail tu bubuh je tang memana yang korang rasa kompiden....ngeeeee....peratus nk strike mmg tggi....x caye cuba try test.... :)


 





 
 4) Mata Rambai....Korang ingat rohu je ada mata rambai..??? Ni ha mata rambai untuk toman...matakail tu kasi sangkut je umpan mati yang dah dipotong kecik-kecik @ dadu...isi ayam, daging lembu, kambing atau daging belut. Boleh main bottom atau guna pelampung. Selain toman, kura-kura & labi-labi pun dah biasa bawak naik dengan perambut ni...puiiiii....




 
5) Perambut maut....Perambut jenis ni pun untuk umpan idup...keli, tilapia, belida & lampam.....matakail bahagian ujung tu boh kat ekor...tapi penggunaan perambut camni agak kejam sikit sebab toman-toman yang berjaya di strike tu kompom mati, kalau kena mau rabak kerongkong si toman...jika boleh elakkan penggunaan perambut jenis ni...walaupun hanya menggunakan satu matakail sahaja, kalau dah rezeki memang tak kemana.....lagi 1 kelemahan dia, perambut jenis ni mudah sangat sangkut kalau main kat spot yang ada banyak rumpai, batu & kayu...



Buat masa ni, hanya perambut-perambut jenis ni sahaja yang biasa aku guna untuk memancing si toman. Dan bagi setiap perambut ada kelebihan & kelemahan memasing....korang cuba la sendiri....baru tau....ngeeeeee...



Update 22/10/2012
SET PERAMBUT TOMAN
Pada yang malaih nak ngikat atau tak tau-tau lagi nak buat, buleh order jerk kat aku...huhuhu....


10 item:
1. Perambut Standart (2 pcs)
2. Perambut Y 2 Mata (3 pcs)
3. Perambut Torpedo (1 pcs)
4. Mata Rambai (1 pcs)
5. Pin (3 pcs)

Kos: RM20 + RM5 untuk Pos Laju
COD: Desa Pandan, Taman Maluri @ Tesco Ampang
Call / sms 016-321 3559 (Mapia)