Memaparkan catatan dengan label Giant Snakehead. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Giant Snakehead. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Jun 2013

Penyebab Kumpau Berdarah Semasa Memancing Toman

Aicehhh, dah 8 kali turun mancin...tapi haram, seko toman pun tak naik lagi nih. Tekanan betul laa...haha, baru 8 kali je pun...rekod peribadi aku pernah kumpau berterusan selama 2 bulan pada disember 2011 - januari 2012, masa tu memang 2 atau 3 hari sekali aku akan turun carik toman...antara jam 10am sampai 6pm. Jangan kata nak makan umpan...langgar tali pun tak dak...tu kira rekod peribadi aku la kalau nak citer pasai kumpau berdarah...haha, ujian suma tu...rileks-rileks suda....

Kat bawah ni aku list kan antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita berputih mata semasa memancing toman....


  • Tersilap bajet umpan. Walaupun mungkin tilapia dan keli menjadi senarai teratas sebagai umpan toman...sebenarnya diet utama beliau berbeza di setiap tempat. Sebagai contoh sekiranya sesuatu port terdapat banyak lampam, maka umpan lampam mungkin akan lebih menyengat dari umpan-umpan lain.
  • Terlalu cepat nak sembat apabila tali berdesup keluar.
  • Terlalu lambat nak sembat pun masalah gak....
  • Sekiranya menggunakan pelampung pun camtu jugak...takat tenggelam timbul 3-4 kali tu bior je...hulurkan lagi tali. Kekadang akan terjadi adegan kejar mengejar terlebih dahulu. Bila dah bebetoi tenggelam, baru zassss...Untuk maklumat, jika toman bersaiz megatron dah betul-betul memakan umpan, akan timbul sekumpulan gelembung-gelembung udara secara serentak dimana kawasan beliau berada semasa menjamah umpan dan seandainya keadaan pada masa itu tidak berombak, gelembung udara tesebut masih boleh dilihat walaupun dalam jarak anggaran 20-30 meter dari tebing.
  • Penggunaan saiz matakail yang tidak bersesuaian dengan saiz umpan hidup. Contohnya jika matakail besar dipasang hanya pada anak keli...semestinya anak keli tersebut akan kaku, tidak mampu berenang dan hanya akan tenggelam didasar seterusnyatidak dapat menarik perhatian dan mengorat toman-toman yang lalu lalang.
  • Terlalu banyak matakail yang dipacakkan pada badan umpan hidup...konon kalau toman makan nanti kompom tak akan terlepas. Yang terbaik untuk bottom hanyalah 1 mata sahaja dipacakkan manakala jika menggunakan pelampung maksima 2 mata sahaja. Jika melampau banyak mata yang dicucuk akan menyebabkan umpan hidup tidak mampu berenang dan mati.
  • Teknik yang digunakan tidak bersesuaian dengan cuaca dan keadaan air. Penggunaan pelampung adalah terbaik semasa air dalam keadaan tenang dan tidak berapa menyengat jika digunakan semasa cuaca panas terik dan keadaan air berombak. Namun, penggunaan pelampung masih relevan pada spot yang terlindung dari sinaran mentari walaupun memancing di tengahari buta.
  • Penggunaan perambut tangsi...boleh je...kalau sanggup kena gelak ngan toman yang dah menyerang hendap umpan...hehe...sekali je beliau henjut, kompom putus. Walau camana pun, untuk memerangkap toman rempit, perambut tangsi 60-70lb masih boleh dipercayai.
  • Kedekut mau tukar umpan. Umpan hidup yang dah lunyai, tidak aktif, telah letih, malas nak berenang...gantikan je dengan umpan yang baru, toksah dok berkira sangat. Hanya umpan hidup yang aktif bergerak je yang mampu mengganggu gugat kesabaran toman.
  • Masih belum ada rezeki...cuba, cuba dan cuba lagi...
  • Port yang kita turun tu memang tak dak toman...ecehhh....











Jumaat, 17 Mei 2013

Koleksi Toman Terkecil

Toman paling kecik yang ada dalam simpan aku buat masa ni...tak de la besar mana pun, saiz sekitar 34cm. Masih muda remaja....kecil molek, comey je... 







Bila dah bubuh dalam akuarium, warna-warna tambahan cam warna merah kat ekor & warna kehijau-hijauan tang kepala dia makin pudar pulak. Memang ambil masa sikit kalau nak dapatkan balik warna-warna yang hilang tu....itu pun kalau dapat la, hikhikhik...







Walaupun beliau ni comel, tapi bila menguap memang x ingat...tak menjaga tata kesusilaan langsung....hilang kecomelan beliau bila nampak barisan gigi yang runcing tu...





Ni pulak beliau dengan muka ala-ala mafia....ecehhh, mafia la sangat....padahal muka nak mintak keli je tu, tau la dah sampai time makan...sabor jap, kita bergambor dulu ye...





Camni le keadaannya bila kena ushar dengan toman yang lebih dominan....haa, tau kecut. Sebenarnya yang dominan datang menjenguk untuk menghulurkan salam perkenalan je tu, kiranya sesi suai kenal le tu...



Walaupun dihabitat asal toman memang terkenal dengan sifatnya yang menjaga wilayah dan mempertahankan kawasan jajahannya, tapi bila salam dah disambut...dalam akuarium yang kecik pun diorang buleh berenang bersama, berebut makanan bersama....silap-silap buleh main auu chakkk lagi kat cecelah pokok plastik.









Toman ni x ada perancangan untuk dipindah milik...memang niat nak buat koleksi sendiri je...bela dalam 4-5 tahun sebelum dilepaskan semula ke tempat asal beliau ataupun di tasik-tasik yang berdekatan dengan rumah aku...

Dengan sifat semulajadinya yang ganas & lincah dan bentuk fizikalnya yang mantap serta mempunyai pelbagai corak dan warna yang membuatkan toman ada kualiti dan keunikan tersendiri untuk dijadikan haiwan kesayangan...hikhik...Dan pada sesiapa yang ada perancangan atau baru berkira-kira untuk membela toman, teruskan je niat korang tu...memang berbaloi. Toman jenis ni pun mudah didapati kat mana-mana petshop dengan harga antara RM3 ke RM10 seekor untuk saiz 7-15cm.

Apapun maklumat terpenting untuk membela toman adalah mereka-mereka ini sangat-sangat tidak boleh dimasukkan ke dalam komuniti tank...dalam erti kata mereka tidak boleh diletakkan bersama ikan-ikan perhiasan yang lain didalam satu akuarium. Spotted Spike (Aligator Gar) selaku salah satu mafia dari Amazon pun tak akan bertahan dengan asakan spesis Giant Snakehead @ Red Snakehead dari Malaysia...fuhhhhh....


Gar yang lunyai dikerjakan toman....




Ahad, 12 Mei 2013

Up Date Saiz Toman Harimau

UPDATE TOMAN BUNGA dah ada, maka terpaksalah aku buat entri ni pulak....apadahal....

Nama Tempatan: Toman Harimau
Nama Lain: Toman Batik
Spesis: Giant Snakehead
Nama Saintifik: Channa Micropeltes
Diet: Keli, lampam, tilapia, daging lembu & ayam

Tarikh: 12/5/2013
Saiz: 39cm

 



Ok, cam biasa....aku akan update entri ni dari masa ke semasa, in sya allah....


Sabtu, 30 Mac 2013

Penjagaan Toman Batik @ Channa Micropeltes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Posting kali ni aku selaku budak baru belajar ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuaan aku yang tak seberapa dalam penjagaan Toman Batik aka Toman Harimau.
Memandangkan kesemua toman-toman yang aku perolehi daripada spesis liar, sebaiknya aku story kan step by step...seawal beliau dikeluarkan daripada habitat asalnya.....

Memang wajib bagi aku untuk bawak tong atau bekas 4 segi yang bersaiz 64cm X 56cm X 48cm bila turun memancing toman.




Gunakan air asal daripada habitat beliau. Isi air separas suku tong...dan jangan biarkan bekas tersebut terdedah pada haba matahari. Kalau x memang kompom almarhum la toman-toman yang korang pancing tu...




Seandainya korang memang benar-benar berniat nak angkut bawak balik toman yang korang pancing dalam keadaan masih bernyawa, INGAT....
  • Gunakan bekas 4 segi atau tong ikan yang besar
  • JANGAN masukkan toman kedalam jut @ jaring, kemudian letak kedalam air....mati toman tersebut
  • JANGAN hanya gunakan beg plastik untuk isi toman, pastu korang sambung layan mancing....pun mati akibatnye
  • JANGAN gunakan bekas berbentuk bulat seperti baldi atau tong sampah. Seandainya toman tidak boleh meluruskan badannya dalam jangkamasa 1-2 jam....akan mati jugak la jawapnye



 TEMPOH KUARANTIN

Kebiasaannya, sesampainya di rumah...aku akan kuarantin toman-toman tersebut ke dalam akuarium khas selama 7 hari dengan penjagaan rapi. Air akuarium sebaiknya dicampurkan bersama Aquadine General Aid dengan sukatan 3 penutup + 2 penutup anti klorin bagi akuarium 4 kaki.
Insyaallah dalam tempoh tersebut, kecederaan pada mulut toman akibat terkena matakail ataupun toman yang terkena fungus @ sopak pada sisik akan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang kesan yang beliau pernah tercedera.
  • Harga sebotol Aquadine antara RM1.50 - RM2 sahaja
  • Penggunaan Aquadine General Aid akan menukar air akuarium korang menjadi warna hijau dan dalam tempoh 2 - 3 jam pertama...toman memang kelihatan amat2 tidak selesa, kerap berkeadaan seperti tersedak dan lebih kerap timbul mengambil udara....semua tu normal, dun wori...





MENGEKALKAN CORAK DAN WARNA TOMAN BATIK

Memang sukar untuk mengekalkan warna asal toman liar apabila dimasukkan ke dalam akuarium kerana kandungan oksigen dan juga rumpai di habitat asal tidak sama dengan yang terdapat di dalam akuarium. Namun, ada beberapa tips yang boleh korang cuba untuk mengekalkan warna beliau dengan sebaik mungkin....sememangnya warna dan corak pada badan beliau sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh aksesori yang korang gunakan....
  •  Wujudkan satu suasana yang realistik
  •  Tak perlu menggunakan batu yang berwarna warni...cukup sekadar 2 atau 3 warna sahaja, seperti batu hitam & coklat @ batu coklat & putih
  • Pokok atau tumbuhan plastik...
  • Yang terbaik gunakan rumpai hidup...boleh dapatkan di petshop atau korang rembat je kat memana lombong atau tasek...dalam seminggu dua, memang ada perbezaan yang ketara pada warna beliau...akan jadi lebih terang dan bersinar
  • Kangkung kebiasaannya yang dijual di kedai runcit atau pasar juga boleh digunakan
  • Hiasan tongkol kayu....melalui pemerhatian aku, hiasan ini boleh menjadikan corak dan warna toman semakin gelap (bukan pudar)....namun elakkan penggunaan kayu yang banyak cabang dan tajam








DIET & PEMAKANAN

Tempoh penghadaman toman setelah menelan seekor keli adalah antara dua hingga tiga hari (melalui pemerhatian terhadap berpuluh-puluh toman yang pernah aku bela)...oleh itu, kebiasaannya aku akan memberi makanan asas beliau yang berupakan keli, tilapia atau lampam 2 hari sekali, 1 ekor untuk setiap ekor toman. Manakala untuk makanan tambahan beliau ataupun sekadar pencuci mulut, aku akan lepaskan kedalam akuarium sekumpulan anak-anak lampam atau anak ikan mas...kiranya jika makanan asas yang diberi tidak cukup mengenyangkan beliau, ianya akan di cover balik oleh makanan tambahan yang disediakan.

Seandainya diet ini dilakukan dengan teratur untuk anak-anak toman bersaiz 25cm - 40cm, dalam masa tiga bulan pertama akan ada perubahan besar dan ketara pada saiz beliau dan pada masa inilah jalur dibadannya akan mula pecah membentuk corak sedikit demi sedikit. Dalam jangkasa 6 hingga 12 bulan kemudian badan beliau akan full disaluti oleh corak batik atau belang harimau...Insyaallah.

Selain diet, saiz tank atau akuarium juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembesaran toman. Sekiranya saiz akuarium agak sempit dan tidak selesa untuk toman bergerak, maka akan tergendala lah tumbesaran beliau.
  • Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh sebuah jabatan (aku lupa jabatan apa nama ntah) toman daripada keluarga Channa Micropeltes yang dibela boleh membesar sehingga 2kg setahum....manakala dalam sekumpulan 80 - 150 ekor anak-anak toman, hanya 30% yang berjaya hidup sehingga dewasa.



P/S: Sekiranya korang ada tips lelain yg boleh dikongsikan dalam penjagaan toman harimau, jangan malu jangan segan...boleh dikongsikan pada ruangan komen....sharing is caring



Khamis, 8 November 2012

Set Asas Untuk Layan Toman

Ni adalah barang-barang asas dan paling ringkas yang wajib aku bawak bila nak turun membottom toman....kiranye benda-benda suma ni memang dok ada dalam fishing box aku....kalau tak bawak fishing box, aku sumbat je barang-barang ni kt dalam bekas aiskrim....asalkan muat, pastu senang nak bawak....sempoiiiiii....ngeeeee.....



  • Lip Grip
  • Test pen / skru driver
  • Pisau
  • Gunting
  • Playar
  • Kepit kuku....senang kot nak potong cable @ tangsi
  • Pelampung....ada masa-masa toman dok main permukaan air, nyesal nanti kot tak bawak natang nih
  • Stok matakail....tak bawak pun xpe...tapi, bawak jer laa
  • Gewang / Lure...walaupun turun membottom, gewang memang aku standby gak seketoi dua
  • Lighter....selain buat bako rokok, kekadang berguna gak untuk bako sampah sarap kat port mancin
  • Album perambut...tersusun jerk, senang sket nak pilih nanti...tak gitu..?
  • Kamera....binik aku yang belikan nih...sebab aku nak bergambo ngan ikan
  • Gloove....tali utama 35-50lb, kalau tersangkut kat dasar mau melecet tangan kot tak pakai gloove
  • Kain....serius, aku pegang keli (umpan) memang guna kain...safety first, ngehehe....

Barang-barang ni hanya untuk menoman time siang jerk...klu malam kompom la ada tambahan barang lain pulak, korang tau-tau sendiri je lah....Lagipun aku ni jenis mancin siang, walaupun ada tapi jarang sangat aku turun waktu malam.....


Isnin, 15 Oktober 2012

Aksi Si Toman Batik

Buleh leka jadiknye bila dah ngadap toman-toman kat dalam akuarium......kekadang tak sedar dah 2 jam dok terpacak kat depan akuarium. Ni antara aksi dan gelagat beliau yang paling aku suka, lebih-lebih lagi masa beliau berpaling tengok pada kita....adoiyaiii.... 


Bila dah melangut kat depan akuarium, lagi cantek kalau dapat beramah mesra dengan beliau....