Oleh kerana aku suka melihat transformasi toman-toman peliharaan aku daripada segi corak, warna dan juga perubahan saiz beliau...maka dengan tak sengajanya aku terpost entri ini...hikhik...aku percaya, bukan aku sorang je yang ada hobi & minat camni...In sya allah jika umur aku mahupun umur toman bunga ni panjang, aku akan update entri ni sebulan atau dua bulan sekali. Jadik, kalau korang pun berminat nak lihat transformasi beliau, rajin-rajin la jenguk posting ni ye....ok, jom kita buat ekperimen, haha...
Nama Tempatan: Toman Bunga
Nama Lain: Kerandang, Jelai, Jaloi
Spesis: Emperor Snakehead
Nama Saintifik: Channa Marulioides
Diet: Anak seluang, cacing segar, cacing kiub, daging ayam
Tarikh: 12/5/2013
Saiz: 13cm
Ok...pendek je entri ni nampak gayanye. In sya allah, aku akan update kan dari masa ke semasa...hihihi...
Ahad, 12 Mei 2013
Khamis, 25 April 2013
Dedak Untuk Gasak Rohu @ Ara
Aku bukan reti sangat nak main rohu, apatah lagi nk buat dedak yang power segala bagai...tapi aku nak share jugak la serba sikit pengetahuan aku yang tak seberapa untuk buat dedak rohu...
Bahan utama:
1. Dedak 929 (Sekilo)
2. Dedak 286 @ Dedak Bomb Label Kuning (500 gm)
3. Biskut Meri 5-6 keping
4. Kelapa parut segenggam dua
Kesemua bahan utama tu kasi campur & gaul....
Bahan perisa:
1. NS Power strawberi (1 pek) + Strawberi paste (setengah pek) ATAU Iciban
strawberi (setengah botol)
2. NS Power pandan tutup mulut (1 pek) + Pandan paste (setengah pek) ATAU
Iciban pandan (setengah botol)
Guna salah satu bahan perisa...campur bersama bahan utama & gaul sehingga sebati....bancuh peroi menggunakan air kolam atau air suling/bertapis
Cam biasa la, dedak ni main kepal kat spring bom....tang matakail tu kasi sangkut jer mashmello, roti atau palet....
Setting dedak ni biasa-biasa je, x la menyengat mana pun...tapi alhamdulillah, x pernah lagi bangau kat kolam main rohu guna dedak ni....kekadang naik seko...kekadang dua eko...hikhikhik....kalau korang yakin, cuba la....apadahal....
p/s: Setting dedak ni buleh gak kalau korang nk campurkan dengan minyak ara, minyak belangkas, atau butter oil...mengikut kata otai-otai kolam, segala jenis minyak yang digunakan tu bertujuan untuk tarik rohu masuk ke port korang je...aku x berapa pasti pasal tu sebab aku pun baru-baru jugak belajar main rohu...hahaha...
Sabtu, 30 Mac 2013
Penjagaan Toman Batik @ Channa Micropeltes
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Posting kali ni aku selaku budak baru belajar ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuaan aku yang tak seberapa dalam penjagaan Toman Batik aka Toman Harimau.
Memandangkan kesemua toman-toman yang aku perolehi daripada spesis liar, sebaiknya aku story kan step by step...seawal beliau dikeluarkan daripada habitat asalnya.....
Memang wajib bagi aku untuk bawak tong atau bekas 4 segi yang bersaiz 64cm X 56cm X 48cm bila turun memancing toman.
Gunakan air asal daripada habitat beliau. Isi air separas suku tong...dan jangan biarkan bekas tersebut terdedah pada haba matahari. Kalau x memang kompom almarhum la toman-toman yang korang pancing tu...
Seandainya korang memang benar-benar berniat nak angkut bawak balik toman yang korang pancing dalam keadaan masih bernyawa, INGAT....
- Gunakan bekas 4 segi atau tong ikan yang besar
- JANGAN masukkan toman kedalam jut @ jaring, kemudian letak kedalam air....mati toman tersebut
- JANGAN hanya gunakan beg plastik untuk isi toman, pastu korang sambung layan mancing....pun mati akibatnye
- JANGAN gunakan bekas berbentuk bulat seperti baldi atau tong sampah. Seandainya toman tidak boleh meluruskan badannya dalam jangkamasa 1-2 jam....akan mati jugak la jawapnye
TEMPOH KUARANTIN
Kebiasaannya, sesampainya di rumah...aku akan kuarantin toman-toman tersebut ke dalam akuarium khas selama 7 hari dengan penjagaan rapi. Air akuarium sebaiknya dicampurkan bersama Aquadine General Aid dengan sukatan 3 penutup + 2 penutup anti klorin bagi akuarium 4 kaki.
Kebiasaannya, sesampainya di rumah...aku akan kuarantin toman-toman tersebut ke dalam akuarium khas selama 7 hari dengan penjagaan rapi. Air akuarium sebaiknya dicampurkan bersama Aquadine General Aid dengan sukatan 3 penutup + 2 penutup anti klorin bagi akuarium 4 kaki.
Insyaallah dalam tempoh tersebut, kecederaan pada mulut toman akibat terkena matakail ataupun toman yang terkena fungus @ sopak pada sisik akan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang kesan yang beliau pernah tercedera.
- Harga sebotol Aquadine antara RM1.50 - RM2 sahaja
- Penggunaan Aquadine General Aid akan menukar air akuarium korang menjadi warna hijau dan dalam tempoh 2 - 3 jam pertama...toman memang kelihatan amat2 tidak selesa, kerap berkeadaan seperti tersedak dan lebih kerap timbul mengambil udara....semua tu normal, dun wori...
MENGEKALKAN CORAK DAN WARNA TOMAN BATIK
Memang sukar untuk mengekalkan warna asal toman liar apabila dimasukkan ke dalam akuarium kerana kandungan oksigen dan juga rumpai di habitat asal tidak sama dengan yang terdapat di dalam akuarium. Namun, ada beberapa tips yang boleh korang cuba untuk mengekalkan warna beliau dengan sebaik mungkin....sememangnya warna dan corak pada badan beliau sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh aksesori yang korang gunakan....
- Wujudkan satu suasana yang realistik
- Tak perlu menggunakan batu yang berwarna warni...cukup sekadar 2 atau 3 warna sahaja, seperti batu hitam & coklat @ batu coklat & putih
- Pokok atau tumbuhan plastik...
- Yang terbaik gunakan rumpai hidup...boleh dapatkan di petshop atau korang rembat je kat memana lombong atau tasek...dalam seminggu dua, memang ada perbezaan yang ketara pada warna beliau...akan jadi lebih terang dan bersinar
- Kangkung kebiasaannya yang dijual di kedai runcit atau pasar juga boleh digunakan
- Hiasan tongkol kayu....melalui pemerhatian aku, hiasan ini boleh menjadikan corak dan warna toman semakin gelap (bukan pudar)....namun elakkan penggunaan kayu yang banyak cabang dan tajam
DIET & PEMAKANAN
Tempoh penghadaman toman setelah menelan seekor keli adalah antara dua hingga tiga hari (melalui pemerhatian terhadap berpuluh-puluh toman yang pernah aku bela)...oleh itu, kebiasaannya aku akan memberi makanan asas beliau yang berupakan keli, tilapia atau lampam 2 hari sekali, 1 ekor untuk setiap ekor toman. Manakala untuk makanan tambahan beliau ataupun sekadar pencuci mulut, aku akan lepaskan kedalam akuarium sekumpulan anak-anak lampam atau anak ikan mas...kiranya jika makanan asas yang diberi tidak cukup mengenyangkan beliau, ianya akan di cover balik oleh makanan tambahan yang disediakan.
Seandainya diet ini dilakukan dengan teratur untuk anak-anak toman bersaiz 25cm - 40cm, dalam masa tiga bulan pertama akan ada perubahan besar dan ketara pada saiz beliau dan pada masa inilah jalur dibadannya akan mula pecah membentuk corak sedikit demi sedikit. Dalam jangkasa 6 hingga 12 bulan kemudian badan beliau akan full disaluti oleh corak batik atau belang harimau...Insyaallah.
Selain diet, saiz tank atau akuarium juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembesaran toman. Sekiranya saiz akuarium agak sempit dan tidak selesa untuk toman bergerak, maka akan tergendala lah tumbesaran beliau.
- Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh sebuah jabatan (aku lupa jabatan apa nama ntah) toman daripada keluarga Channa Micropeltes yang dibela boleh membesar sehingga 2kg setahum....manakala dalam sekumpulan 80 - 150 ekor anak-anak toman, hanya 30% yang berjaya hidup sehingga dewasa.
P/S: Sekiranya korang ada tips lelain yg boleh dikongsikan dalam penjagaan toman harimau, jangan malu jangan segan...boleh dikongsikan pada ruangan komen....sharing is caring
Sabtu, 16 Mac 2013
Perambut Torpedo + Daging Lembu Untuk Main Megatron
Sebelum ni aku pernah membuat posting Perambut Torpedo yang di sesuaikan dengan isi ayam....cuma kali ni kita ubah sikit dengan menggunakan daging lembu pulak. Kalau korang nk guna daging kambing pun boleh.
Bahan-bahannye...cam biasa la, perambut torpedo, benang & daging segar dari ladang.....
Memola......kasi hiris je daging tersebut, bior nipis, panjang & lebor....
Lebih kurang saiz camni le yang kita nak...baru senang mau pasang kat matakail nanti...
haa...pastu satu-persatu hirisan daging tadi korang sangkut la kat matakail dan lilit cun-cun sampai ke mata tiga....kacang je kan..??? Practice make perfect kata omputeh...hehe
Selesai sudah proses melilit...tapi belum siap lagi nih...
Step yang terakhir....ikat ngan benang pulak. Tujuannye, bila korang baling nanti umpan korang tu tetap je macho dan hensem....x le berterabur merata tempat...
haaa ni kira dah siap la....boleh je kalau korang nak main secara bottom atau pelampung....
Note:
- Matakail bahagian atas haruslah terkeluar daripada lilitan daging.
- Jika cara pemasangan umpan dilakukan dengan betul, Insyaallah perambut torpedo ni selamat digunakan dan tidak akan menyebabkan kecederaan parah pada toman yang bakal di strike kerana hanya matakail bahagian atas sahaja yang akan bold di mulut beliau.
Saiz Umpan Untuk Layan Megatron
Berikut adalah saiz umpan terbaik untuk main toman saiz bapak. Lagi besar umpan, lagi besar la toman yang bakal korang strike...dan korang jugak kena paham, lagi besar umpan, lagi besar la peratus korang nk membangau....
Ada yang tanya, kenapa mesti guna saiz umpan yang bosa..??? Pasai target nak tarik toman gadang, kalau guna umpan saiz ciput biasanya toman-toman rempit ni pulak yang belasah dulu. Lagi satu kalau dok perati, kat dam Ulu Yam ni mama, bapak ngan atok toman selalu berlegar antara 60-80 meter dari tebing...kot guna umpan hidup saiz curut, memang x larat dia nak berenang sampai ke tengah...lebih kurang cenggitu la teori nye....
Tapi apa yang paling mengecewakan bilamana toman dah makan umpan....tengah canteeekkkk melayan....tiba-tibaaaa pulak boleh lucut...samada perambut, mainline putus, matakail patah atau bold x cun....sabo je la...sok lusa pun try lagi, apadahal...
Ada yang tanya, kenapa mesti guna saiz umpan yang bosa..??? Pasai target nak tarik toman gadang, kalau guna umpan saiz ciput biasanya toman-toman rempit ni pulak yang belasah dulu. Lagi satu kalau dok perati, kat dam Ulu Yam ni mama, bapak ngan atok toman selalu berlegar antara 60-80 meter dari tebing...kot guna umpan hidup saiz curut, memang x larat dia nak berenang sampai ke tengah...lebih kurang cenggitu la teori nye....
Tapi apa yang paling mengecewakan bilamana toman dah makan umpan....tengah canteeekkkk melayan....tiba-tibaaaa pulak boleh lucut...samada perambut, mainline putus, matakail patah atau bold x cun....sabo je la...sok lusa pun try lagi, apadahal...
Langgan:
Catatan (Atom)



























