Isnin, 22 Oktober 2012

Set Perambut Toman RM20

Huhhh....memandangkan ramai yang masih ragu-ragu dan kompius dengan material & cara-cara nak buat perambut toman.....kat sini aku siapkan satu set perambut toman (10 item) yang berkekuatan 40lb - 50lb dengan mas kahwinnye RM20....tambahan RM5 untuk Pos Laju.....Kalau nak COD pun boleh, area Desa Pandan, Taman Maluri atau Tesco Ampang...sempoiiiii.....
Kesemua jenis perambut ni boleh digunakan bersama umpan hidup ataupun umpan mati...teknik bottom atau pelampung....nak lagi clear, refer jerk pada posting PERAMBUT TOMAN.


Setiap set mengandungi:
1. Perambut Standart (2 pcs / setiap satu dengan saiz matakail yang berbeza)
2. Perambut Y 2 Mata (3 pcs)
3. Perambut Torpedo (1 pcs)
4. Mata Rambai (1 pcs)
5. Pin (3 pcs)



Maklumat lanjut, korang buleh hubungi aku....016-321 3559.....
Harap-harap pasni pada korang yang tak tau atau malaih nak ngikat perambut tu buleh le menoman dengan senang hati.....pisssss......

Selasa, 16 Oktober 2012

Ikan Alu-Alu Kuala Selangor

Jarang sesangat aku nak turun mengail ikan air masin, tak kiralah kolam air masin ataupun laut....pasai aku ni jenis malaih nak basuh set. Mau berkarat set-set cap ayam aku kot selalu kena air masin....ngeeeee.....dulu selalu gak ikut trip mancin ke langkawi, koman-koman pun malam minggu turun ke pulau indah ataupun pelabuhan barat, ngail gelama atau siakap. Skang ni kalau teringin ngail laut besa aku gi ke Pantai Jeram atau Pantai Remis, main pesisir pantai jer....pasai port kat sana lebih santai, sesuai kalau nak beriadah bersama keluarga....Sambil-sambil korang dok ngail, buleh gak menjamu selera....pekena apa yang patut....


Banyak kedai-kedai makan terbuka, foodcourt & gerai-gerai jualan dibuka terutamanya pada hari sabtu ahad dan cuti umum.....kalau korang nak mancin, umpan sotong atau umpun-umpun pun ada jual kat sana.


Sempoiiiiiii......ni le ikan alu-alu ataupun nama glamournya, barracuda....ngehehe....


Alu-alu ni binik aku buat masak kari....memang menyegat, rasa dia lebih kurang cam isi ketam. Beberapa ari kemudian binik aku gi carik pulak ikan ni kat pasar pudu...tapi xdak, diorang kata jarang-jarang nak ada ikan jenis ni......aicehhhhhhhh, nampak gayanya kene turun Kuala Selangor lagi le kalau macam nih....huh....




Isnin, 15 Oktober 2012

Aksi Si Toman Batik

Buleh leka jadiknye bila dah ngadap toman-toman kat dalam akuarium......kekadang tak sedar dah 2 jam dok terpacak kat depan akuarium. Ni antara aksi dan gelagat beliau yang paling aku suka, lebih-lebih lagi masa beliau berpaling tengok pada kita....adoiyaiii.... 


Bila dah melangut kat depan akuarium, lagi cantek kalau dapat beramah mesra dengan beliau....

Sabtu, 13 Oktober 2012

Stok Toman Harimau

Dari dulu sampai sekarang, banyak spesis ikan yang aku dah cuba mancin....dari saiz ciput sampai lah ke saiz mega....namun toman jugak pilihan hati....saiz curut pun tak kisah, asalkan toman...hehehe....
Memola dulu memang dok ngail jer....kalau dapat, bawak balik buat gulai atau CNR jerk....pastu ngail & membela....dan sekarang ni ngail, bela & jual pulak.....Alhamdulillah, ramai sebenarnya yang berminat dengan spesis ni...lebih-lebih lagi toman yang dah muncul corak dan warna....pernah beberapa kali stok toman aku habis licin kena punggah...dan sejak akhir-akhir ni, walaupun kekurangan stok (toman baru masih belum masuk) ada antara bakal pembeli yang book sesiap...memang hebat penangan toman rupanya...terima kasih lah pada semua pembeli-pembeli yang juga pengunjung blog aku yang tak seberapa ni....Dan untuk setakat ni, toman-toman liar yang majoritinya berasal dari Empangan Batu nih telah sampai ke serata tanah air....Lembah Klang, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan juga Perlis Indera Kayangan.
Berikut adalah sebahagian daripada toman-toman harimau (Channa Micropeltes) pelbagai saiz dan corak yang pernah menghuni akuarium di rumah aku dan kebanyakan antaranya kini telah dipindah milik & mendapat penjaga baru.....


Antara pendapat paling popular bagi kebanyakan peminat dan pembela toman, part paling menyeronokkan adalah semasa melihat beliau menjamah makanan hidup yang disediakan....mungkin seronok bagi kita dan jugak si toman, tapi memang agak sadis bagi si mangsa...huhuhu....


Walaupun mangsa hidup seperti keli, tilapia, lampam & anak ikan mas adalah pilihan utama beliau...daging lembu dan isi ayam segar juga boleh membuka selera si toman....untuk pengetahuan korang jugak, 24 ekor toman bersaiz antara 20-35cm panjang boleh menghabiskan seekor ayam (tanpa kulit & tulang) dalam masa 4 hari....


Yang ni pulak adalah toman terbesar dengan panjang hampir 3 kaki, dok secara solo dalam akuarium 5 kaki...tapi secara jujurnya, aku lebih suka bela toman bersaiz sederhana (30-50cm panjang)....satu akuarium 4 kaki kasi masuk 5-6 ekor....memang cantik dan bersinar-sinar akuarium, lebih-lebih lagi masa beliau tengah aktif berenang....fuhhhhhhh......rasa cam nak masuk jer dalam akuarium, pastu berenang sekali dengan beliau.....


Toman bengkok....Not For Sale
Satu-satunya toman dalam simpanan aku yang ada kesan khas (kehkehkeh...). Badan beliau ni memang 24 jam sentiasa bengkok. Tak pasti pulak pasal apa jadik lagu tu sebab masa dapat dulu pun memang macam tu la keadaan fizikal beliau....
Oh ye....jangan tanya tau.....toman ni memang aku tak jual. 1000 dalam 1, susah nak jumpa....


Apapun....bagi aku, dapat melihat toman-toman dalam jagaan membesar didepan mata adalah satu kepuasan yang terhingga....memang terbaeekkkkk.....