Sabtu, 13 Oktober 2012

Stok Toman Harimau

Dari dulu sampai sekarang, banyak spesis ikan yang aku dah cuba mancin....dari saiz ciput sampai lah ke saiz mega....namun toman jugak pilihan hati....saiz curut pun tak kisah, asalkan toman...hehehe....
Memola dulu memang dok ngail jer....kalau dapat, bawak balik buat gulai atau CNR jerk....pastu ngail & membela....dan sekarang ni ngail, bela & jual pulak.....Alhamdulillah, ramai sebenarnya yang berminat dengan spesis ni...lebih-lebih lagi toman yang dah muncul corak dan warna....pernah beberapa kali stok toman aku habis licin kena punggah...dan sejak akhir-akhir ni, walaupun kekurangan stok (toman baru masih belum masuk) ada antara bakal pembeli yang book sesiap...memang hebat penangan toman rupanya...terima kasih lah pada semua pembeli-pembeli yang juga pengunjung blog aku yang tak seberapa ni....Dan untuk setakat ni, toman-toman liar yang majoritinya berasal dari Empangan Batu nih telah sampai ke serata tanah air....Lembah Klang, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan juga Perlis Indera Kayangan.
Berikut adalah sebahagian daripada toman-toman harimau (Channa Micropeltes) pelbagai saiz dan corak yang pernah menghuni akuarium di rumah aku dan kebanyakan antaranya kini telah dipindah milik & mendapat penjaga baru.....


Antara pendapat paling popular bagi kebanyakan peminat dan pembela toman, part paling menyeronokkan adalah semasa melihat beliau menjamah makanan hidup yang disediakan....mungkin seronok bagi kita dan jugak si toman, tapi memang agak sadis bagi si mangsa...huhuhu....


Walaupun mangsa hidup seperti keli, tilapia, lampam & anak ikan mas adalah pilihan utama beliau...daging lembu dan isi ayam segar juga boleh membuka selera si toman....untuk pengetahuan korang jugak, 24 ekor toman bersaiz antara 20-35cm panjang boleh menghabiskan seekor ayam (tanpa kulit & tulang) dalam masa 4 hari....


Yang ni pulak adalah toman terbesar dengan panjang hampir 3 kaki, dok secara solo dalam akuarium 5 kaki...tapi secara jujurnya, aku lebih suka bela toman bersaiz sederhana (30-50cm panjang)....satu akuarium 4 kaki kasi masuk 5-6 ekor....memang cantik dan bersinar-sinar akuarium, lebih-lebih lagi masa beliau tengah aktif berenang....fuhhhhhhh......rasa cam nak masuk jer dalam akuarium, pastu berenang sekali dengan beliau.....


Toman bengkok....Not For Sale
Satu-satunya toman dalam simpanan aku yang ada kesan khas (kehkehkeh...). Badan beliau ni memang 24 jam sentiasa bengkok. Tak pasti pulak pasal apa jadik lagu tu sebab masa dapat dulu pun memang macam tu la keadaan fizikal beliau....
Oh ye....jangan tanya tau.....toman ni memang aku tak jual. 1000 dalam 1, susah nak jumpa....


Apapun....bagi aku, dapat melihat toman-toman dalam jagaan membesar didepan mata adalah satu kepuasan yang terhingga....memang terbaeekkkkk.....





4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam abg azim....maaf, lama sy x bukak & update blog. Pertama sekali sy mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yg br brtapak ni...insyaallah dlm masa terdekat ni sy akan cuba membuat posting seperti yg dicadangkan
    -sekadar brkongsi pengetahuan-

    BalasPadam
  3. cmne nak beli toman nie..umah abg kat mane..ad tak toman yg panjang lbih kurang 1kaki setengah..=)

    BalasPadam
  4. Bang boleh sy beli baby toman rimau ni bang? banyak kedai sy pegi dah tapi tak jumpa2... please bang sy betul2 minat ikan ni

    BalasPadam