Khamis, 23 Mei 2013

Tips Memancing Toman

Peralatan
Antara set (rod & reel) murah atau mahal, berjenama atau tidak...semua boleh digunakan. Set aku sendiri pun banyak yang cap ayam je...apadahal. Cuma kalau reel jenis ekonomi selalu buat tarik toman, maka jangka hayatnya tak le bertahan lama...itu je.
Bagi aku yang paling penting adalah pemilihan tali @ main line dan juga perambut. Sebaiknya gunakan tali yang berkekuatan 30lb-50lb dan dipadankan bersama perambut steel dengan kekuatan 40lb-60lb.

Kesesuaian Jenis Tali Dan Umpan
Dah menjadi kebiasaan kalau turun mancing memang akan bawak dan guna sekurang-kurangnya 2 batang joran...kalau berkomplot 5 orang, dah ada 10 batang joran kat situ...pakai pulak umpan hidup...perghhh, sesilap buleh bersilang & bersimpul-simpul tali satu sama lain. Jadik, untuk mengelak perkara tersebut semasa membottom bolehlah gunakan kaedah camni....penggunaan umpan yang menyelam didasar seperti keli dipadankan dengan set yang menggunakan tali mono/tangsi. Manakala penggunaan umpan yang main dipertengahan air seperti tilapia dipadankan dengan tali braided/benang. Kalau korang susun joran rapat-rapat pun insyaallah tak bersimpul.

Pemasangan Umpan Hidup
Tilapia, Lampam, Selat @ Belida...matakail dicangkok pada bahagian ekor sahaja. Manakala jika menggunakan keli sebagai umpan, matakail boleh dipacakkan pada bahagian tengkuk, pertengahan badan atau bahagian ekor...ikut keselesaan korang yang pastinya tidak selesa bagi si keli. Semasa memasang matakail jangan sampai terkena tulang belakang untuk memastikan umpan hidup mampu berenang dan tahan lama.

Pemasangan Umpan Mati (Belut)
Penggunaan belut sebagai umpan hanya sesuai untuk korang yang tidak mabuk darah dan mempunyai jiwa yang kental. Kalau setakat pegang cacing pun dah geli, apa cerita nak pegang belut...hihi...
Ada dua teknik untuk menggunakan belut sebagai umpan memancing toman. Teknik yang pertama adalah dengan cara memotong belut pada beberapa bahagian (lebih kurang setengah jengkal setiap potongan) dan terus dicangkok pada matakail. Darah beliau yang banyak dan hanyir tu le yang akan menarik perhatian toman.
Teknik yang kedua pulak adalah teknik save bajet....caranya adalah memotong belut kepada dua bahagian dan tadah darah yang mengalir ke dalam bekas. Setelah habis ditadah, belut tadi dipotong lagi agar menjadi beberapa bahagian kecil (sama seperti teknik pertama). Kemudian pasangkan umpan potongan kecil belut tadi ke matakail dan celupkan dalam bekas tadahan darah sebelum membuat balingan. Setelah beberapa ketika umpan masih belum di usik...tarik, celup dan baling semula umpan tersebut....selagi keadaan fizikal umpan masih utuh, selagi itu le korang boleh mengulangi tarik, celup dan baling semula....

Umpan Mati
Segala jenis umpan mati seperti belut, daging ayam, lembu atau kambing sebaiknya bawa yang segar dari ladang...bukan frozen yang dah seminggu dua punya.

Kenal Pasti Keadaan Dasar Spot Memancing
Untuk membottom pada satu-satu spot yang pertama kali korang redah, kenal pasti keadaan dasarnya terlebih dahulu. Cara paling mudah...gunakan batu ladung semata-mata (tanpa apa-apa matakail @ mata tiga), kemudian baling dibeberapa kawasan dan karau perlahan-lahan. Cara ini dapat membantu korang mengagak bagaimana keadaan dasar sesuatu spot sama ada terdapat banyak rumpai, batu atau kayu dan sedikit sebanyak boleh mengelakkan umpan hidup tersangkut didasar.

Menduga Selera Toman
Semasa turun memancing toman, sebaiknya bawalah beberapa jenis umpan. Contohnya daging kambing, belida & tilapia. Variasi dan kepelbagaian umpan kadangkala menyelamatkan kita dari kumpau berdarah.

Waktu Terbaik
Bagi aku yang baru setahun jagung dalam arena memancing toman...waktu siang adalah masa terbaik untuk mencari toman. Seawal 7 pagi hingga 7 petang.

Bila Nak Sembat..?
Toman cara makan dia adalah menangkap mangsa dan bawak lari dulu. Jadik, bila tali korang berdesup keluar, biarkan dulu, jangan terburu-buru...rileks-rileks sudaaa sambil persiapkan kuda-kuda...bila dia berhenti seketika, dan mula bergerak semula...time tu le korang sembat...kalau rasa dah lekat terus je la layan. Tapi kalau masa sembat tu rasa kosong, karau @ tarik slow-slow...jika umpan masih ada kat matakail, percentage toman nak mengejar dan memakan semula umpan tersebut masih tinggi.

Etika Memancing Toman 
Seandainya korang memancing toman dan hasilnya korang memang nak bela, ada beberapa etika yang korang boleh amalkan.
  • membawa saiz tong ikan yang bersesuaian
  • hasil yang pertama terus masukkan kedalam tong...yang kedua, ketiga mahupun yang kesepuluh, semuanya boleh dimasukkan kedalam tong yang korang bawak. Tapi bila selesai memancing dan mahu beredar pulang, mana-mana hasil yang korang mark sebagai tak menepati kriteria yang korang nak, lepaskan je semula dengan rela...esok lusa boleh carik lagi...apadahal
  • lagi besar toman, lagi besor le tong yang diperlukan. Sebab tu kalau dapat toman yang melebihi saiz tong yang korang bawak, elok CNR je toman tersebut...sayang kalau mati.
Untuk mengetahui cara-cara bagaimana mahu membawa balik toman liar yang korang pancing tu dalam keadaan segar dan masih bernyawa, boleh refer pada entri PENJAGAAN TOMAN BATIK...jika dilakukan dengan betul Insyaallah dari KL ke utara pun toman-toman tersebut mampu bertahan dan masih hidup.
Antara beberapa gambar toman-toman harimau @ giant snakehead yang berasal dari Empangan Batu, Ulu Yam...kini dah mendapat kerakyatan negeri Perlis. Sehingga artikel ini ditulis, tidak kurang dari 53 ekor toman yang telah dihantar kesana secara berperingkat tanpa ada seekor pun yang mati semasa dalam perjalanan...Alhamdulillah. Ada antara toman-toman tersebut dilepaskan ke dalam kolam komersial, kolam persendirian dan juga sekadar dibela didalam akuarium....dan yang paling menarik ada antaranya dilepaskan oleh group-group caster ke habitat liar untuk menduga semula toman-toman tersebut dikemudian hari....



Toman all black





26 ulasan:

  1. Balasan
    1. SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI KANJENG<=…
      >>>085-320-279-333<<<






      SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI KANJENG<=…
      >>>085-320-279-333<<<

      Padam
  2. Balasan
    1. Tq bang xezriex....sekadar brkongsi pengetahuan yg x seberapa...

      Padam
  3. Balasan
    1. Oo abam ridzuan...sahabat fb...tq support...hikhiik

      Padam
  4. Assalam Tuan,

    Info tuan memang bermanfaat dan terima kasih sebab sudi share ilmu. saye salute lah!!!

    Saye mmg berangan nak pancing Toman ni. Cuba-cuba gak kat Tasik Prima Puchong & Tasik Cyberjaya. Tapi tak berjaye. Ingatkan semudah A.B.C.
    Rupenyer tidak..Toman bolayannn...die tau budak baru belajar casting ni..huhu

    Lepas bace posting ni, lagi rase cam halamakk...seram betul. Dari setup tali ke perambut sampai lah care penyediaan umpan. Betul-betul kene ade ilmu. Bukan calang2 nak pancing ikan Toman ni.

    Saya pancing cara casting dan masih baru lagi. Takde exp..zero. Setakat ni target PB. Itupon baru dapat sekor shj.

    Pada pandangan tuan, mainline braided 15lb dan shock leader mono 30lb sesuai tak utk casting Toman? Adakah saye akan ditertawakan oleh toman2 dengan setup sebegini?

    Mohon tunjuk ajar serta tips nasihat drp tuan. Terima Kasih

    Kailbengkok.blogspot.com

    BalasPadam
  5. wassalam bang ridhuan...
    serius, kalu pasai casting, lebih2 lg bab utk setup..memang fail. tp setakat pengetahuan sy utk layan toman memadai kalau guna set medium (bc), mainline 20lb & shok leader 30-40lb...

    ada masa boleh le try turun ulu yam. awal pagi kekadang bnyk toman ronda smpai tepi tebing dok bwk anak...kira kalau casting pun boleh sampai...cuma kt sini gewang selam dia x bape nk tergoda, kena main top water...pensil atau popper

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nak try turun sane pun. Problem nye, saye kalo gi mancing area yang saye tak pernah sampai (1st time turun). Rase cam malu-malu sket nak mancing nanti. hehehe.

      Bro buat next trip bile? Ingat nak join laa...menuntut ilmu toman. Kalo bro tak kesah laa. At least turun nanti, ade gak orang boleh bagi tunjuk ajar. Takdeler blind cast jerr...pastu nak gak try teknik bottom atau pelampung.

      Padam
    2. Cantik tu bang ridhuan. Mggu ni aku bz sket...klu mggu depan orait la kot nk carik pasai ngan tuman2 kt sana...hikhik...aku pun lama dh x layan cast kt ulu yam. Nk cun g ari senin-jumaat, kurang sikit yg membottom time tu...tp klu x brkesempatan, turun ari sabtu ahad pun boleh, xdak hal.
      Senang citer nk turun nnti koling2 la 2-3 ari awal, buleh aku free kan time aku nnti. Kot ada sahabat lelain nk follow pun meriah gak, buleh kita bersua kenai nnti...

      Padam
    3. Ok bang...cantek sgt ler tu. Nanti aku email no kontek. Terima Kasih.

      Padam
    4. Bang...aku dah email no hp. Harap sudilah menjadi mentor Toman aku..kekeke. Segala tunjuk ajar amat2 dihargai.

      Padam
    5. Ecehh...jgn le cmtu bang, aku pun br2 gk main tuman nih. Bak kata seorang sahabat, samo2 lah kita belajar dan diajar...kikiki..

      Padam
  6. Assalam..

    Nk tanya..kalo dkat ulu yam tu belah mana yg sesuai nk cari toman?sy dh bnyak kali gi sana, pnah dpt sekor je. tu pun kecik je. guna umpan anak keli. sy slalu gi sana hari rabu kul 3 smp kul 630 ptg.

    BalasPadam
  7. teman nengok member2 teman kt cni sumenye set up kasar utk pancing toman..rod 15-30,20-35,tali yg xthn..100-120 paun...mesin pakai yg lasak mcm penn pastu drag kunci ketat ckit...skali kena yg toman 7-10kg ke atas rembat keli..skali dgn dorang kena tarik wooo...dorang suke main ghupe itu..lain org lain cara kn..member2 teman ni mmg nk ikan je,kalo bab layan ikan dah puaih katanya..

    BalasPadam
  8. Kawan kalo nk pncing toman erea perlis ada x...

    BalasPadam
  9. Kalu di perak datang lah sg.bogak bagan serai bukit merah...betul2 kawasan sungai di pekan bagan serai ni...toman sini meng bayak bermacam2 warana ada...saiz yang pernah sy dapat 2kg atas 10kg...umpan hanya ikan keli saiz 2jari...tp sang bedal banyak kat sini hati2...klau nak mancing cari lah tebing yang tingi yang agak selamat ataupun pancing di port kawasan pekan bagan serai...

    BalasPadam
  10. Kalu di perak datang lah sg.bogak bagan serai bukit merah...betul2 kawasan sungai di pekan bagan serai ni...toman sini meng bayak bermacam2 warana ada...saiz yang pernah sy dapat 2kg atas 10kg...umpan hanya ikan keli saiz 2jari...tp sang bedal banyak kat sini hati2...klau nak mancing cari lah tebing yang tingi yang agak selamat ataupun pancing di port kawasan pekan bagan serai...

    BalasPadam
  11. Salam..budak baru belajar nk bertnya..jika pakai umpan mati kita nk pakai pelampung atau batu ladung?..

    BalasPadam
  12. Mantap bro ilmu tambahan tuk mancing toman . Saya biasa nya hanya casting . Ni saya nak coba pakai keli pulak

    BalasPadam
  13. Mantap bro ilmu tambahan tuk mancing toman . Saya biasa nya hanya casting . Ni saya nak coba pakai keli pulak

    BalasPadam