Sabtu, 30 Mac 2013

Penjagaan Toman Batik @ Channa Micropeltes

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Posting kali ni aku selaku budak baru belajar ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuaan aku yang tak seberapa dalam penjagaan Toman Batik aka Toman Harimau.
Memandangkan kesemua toman-toman yang aku perolehi daripada spesis liar, sebaiknya aku story kan step by step...seawal beliau dikeluarkan daripada habitat asalnya.....

Memang wajib bagi aku untuk bawak tong atau bekas 4 segi yang bersaiz 64cm X 56cm X 48cm bila turun memancing toman.




Gunakan air asal daripada habitat beliau. Isi air separas suku tong...dan jangan biarkan bekas tersebut terdedah pada haba matahari. Kalau x memang kompom almarhum la toman-toman yang korang pancing tu...




Seandainya korang memang benar-benar berniat nak angkut bawak balik toman yang korang pancing dalam keadaan masih bernyawa, INGAT....
  • Gunakan bekas 4 segi atau tong ikan yang besar
  • JANGAN masukkan toman kedalam jut @ jaring, kemudian letak kedalam air....mati toman tersebut
  • JANGAN hanya gunakan beg plastik untuk isi toman, pastu korang sambung layan mancing....pun mati akibatnye
  • JANGAN gunakan bekas berbentuk bulat seperti baldi atau tong sampah. Seandainya toman tidak boleh meluruskan badannya dalam jangkamasa 1-2 jam....akan mati jugak la jawapnye



 TEMPOH KUARANTIN

Kebiasaannya, sesampainya di rumah...aku akan kuarantin toman-toman tersebut ke dalam akuarium khas selama 7 hari dengan penjagaan rapi. Air akuarium sebaiknya dicampurkan bersama Aquadine General Aid dengan sukatan 3 penutup + 2 penutup anti klorin bagi akuarium 4 kaki.
Insyaallah dalam tempoh tersebut, kecederaan pada mulut toman akibat terkena matakail ataupun toman yang terkena fungus @ sopak pada sisik akan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang kesan yang beliau pernah tercedera.
  • Harga sebotol Aquadine antara RM1.50 - RM2 sahaja
  • Penggunaan Aquadine General Aid akan menukar air akuarium korang menjadi warna hijau dan dalam tempoh 2 - 3 jam pertama...toman memang kelihatan amat2 tidak selesa, kerap berkeadaan seperti tersedak dan lebih kerap timbul mengambil udara....semua tu normal, dun wori...





MENGEKALKAN CORAK DAN WARNA TOMAN BATIK

Memang sukar untuk mengekalkan warna asal toman liar apabila dimasukkan ke dalam akuarium kerana kandungan oksigen dan juga rumpai di habitat asal tidak sama dengan yang terdapat di dalam akuarium. Namun, ada beberapa tips yang boleh korang cuba untuk mengekalkan warna beliau dengan sebaik mungkin....sememangnya warna dan corak pada badan beliau sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh aksesori yang korang gunakan....
  •  Wujudkan satu suasana yang realistik
  •  Tak perlu menggunakan batu yang berwarna warni...cukup sekadar 2 atau 3 warna sahaja, seperti batu hitam & coklat @ batu coklat & putih
  • Pokok atau tumbuhan plastik...
  • Yang terbaik gunakan rumpai hidup...boleh dapatkan di petshop atau korang rembat je kat memana lombong atau tasek...dalam seminggu dua, memang ada perbezaan yang ketara pada warna beliau...akan jadi lebih terang dan bersinar
  • Kangkung kebiasaannya yang dijual di kedai runcit atau pasar juga boleh digunakan
  • Hiasan tongkol kayu....melalui pemerhatian aku, hiasan ini boleh menjadikan corak dan warna toman semakin gelap (bukan pudar)....namun elakkan penggunaan kayu yang banyak cabang dan tajam








DIET & PEMAKANAN

Tempoh penghadaman toman setelah menelan seekor keli adalah antara dua hingga tiga hari (melalui pemerhatian terhadap berpuluh-puluh toman yang pernah aku bela)...oleh itu, kebiasaannya aku akan memberi makanan asas beliau yang berupakan keli, tilapia atau lampam 2 hari sekali, 1 ekor untuk setiap ekor toman. Manakala untuk makanan tambahan beliau ataupun sekadar pencuci mulut, aku akan lepaskan kedalam akuarium sekumpulan anak-anak lampam atau anak ikan mas...kiranya jika makanan asas yang diberi tidak cukup mengenyangkan beliau, ianya akan di cover balik oleh makanan tambahan yang disediakan.

Seandainya diet ini dilakukan dengan teratur untuk anak-anak toman bersaiz 25cm - 40cm, dalam masa tiga bulan pertama akan ada perubahan besar dan ketara pada saiz beliau dan pada masa inilah jalur dibadannya akan mula pecah membentuk corak sedikit demi sedikit. Dalam jangkasa 6 hingga 12 bulan kemudian badan beliau akan full disaluti oleh corak batik atau belang harimau...Insyaallah.

Selain diet, saiz tank atau akuarium juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembesaran toman. Sekiranya saiz akuarium agak sempit dan tidak selesa untuk toman bergerak, maka akan tergendala lah tumbesaran beliau.
  • Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh sebuah jabatan (aku lupa jabatan apa nama ntah) toman daripada keluarga Channa Micropeltes yang dibela boleh membesar sehingga 2kg setahum....manakala dalam sekumpulan 80 - 150 ekor anak-anak toman, hanya 30% yang berjaya hidup sehingga dewasa.



P/S: Sekiranya korang ada tips lelain yg boleh dikongsikan dalam penjagaan toman harimau, jangan malu jangan segan...boleh dikongsikan pada ruangan komen....sharing is caring



47 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI KANJENG<=…
      >>>085-320-279-333<<<






      SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.
      DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!
      HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

      …TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG…

      **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
      1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR
      2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb
      3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH
      4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

      …=>AKI KANJENG<=…
      >>>085-320-279-333<<<

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Waalikumussalam abg Azim Safri...
    haha...sori lmbt nk reply...kdg2 tu curik2 masa gak nk bukak blog ni

    1) Toman kalau x support dgn oksigen pun boleh hidup asalkan tong ikan tu x terdedah pada haba matahari..kalau mancin semasa cuaca panas terik, air dlm tong tu elok kerap ditukar..setakat ni paling lama pernah letak toman dlm tong tu 5 hari..tanpa oksigen...

    2) Untuk 5 ekor anak toman (anggaran saiz 20cm-35cm) sebaiknya guna akuarium minimum 3kaki. Kalau tmpat sempit dikhuatiri badan beliau lmbat nk membesar..dan lmbat pulak corak dia nk pecah nnti. Lagipun, lg luas akuarium lg seronok tgk beliau berenang...hihihi

    3) Semasa kuarantin tu mmg wajib sy letak aquadin general aid...& peratikan tahap kesihatan luaran beliau (kecederaan terkena matakail & ada sesetengah toman tu sisik x berapa elok dan luruh akibat fungus)

    Setakat ni sy x pernah lg bela toman yg dibeli di petshop...pernah jugak bercadang nk beli 5-6 ekor...try bela, nk tengok jadi camana...hihi....insyaallah kalau hajat berkesampaian nnti sy update kn dlm blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. aicehhhh bang azim...nk jinakkan beliau tu mmg x pasti pulak camana...pasai setakat ni dh 3 kali aquarium 4 kaki sy pecah bila datang time galak beliau...tapi toman bosa mana pun kalau boh sekor dia je dlm akuarium x pernah lg le beliau tunjukkan sifat agresif melampau kecuali masa time makan...

    Yang ni pulak info jer....yg sy dpt dari para pembeli & sahabat...pengalaman diorang sendiri....Toman Harimau (Channa Micropeltes) & Toman Bunga (Channa Marolioides) x sesuai diletakkan brsama dlm satu aquarium...smpai satu tahap nnti 2 spesis ni akan bertelagah dan kebiasaannya toman harimau yg akan cedera parah & mati...pengalaman sy pulak, pernah bg makan ank2 lampam kt putrajaya, bila dh penuh ank2 lampam dtg pulak sekumpulan toman harimau ushar line...tp x smpai beberapa minit kumpulan toman tu suma ilang gi mana x tau...rupanya ada seko toman bunga dh masuk kt port sy bg mkn ank2 lampam....kesimpulannye, toman bunga ni lg garang dr toman rimau le kot...hikhik

    BalasPadam
  8. Salam tuan mapia,kalau ikan toman harimau terlanggar tongkol kayu yang tajam boleh guna aquadin general aid tak?

    BalasPadam
  9. Boleh tak saya potong tongkol kayu yang tajam guna gergaji

    BalasPadam
  10. Maksud kuarantin dalam 7 hari tu macam mana? Masuk aquadin general aid setiap hari dalam 7 hari ke?

    BalasPadam
  11. waalaikumussalam kak siti
    kalau ada mana2 bahagian bdn beliau yg terluka buleh jugak gunakan aquadin.

    Aquadin tu x sesuai digunakan secara berterusan. Hanya masukkan sekali sahaja...kemudian pada hari kelima atau ketujuh, boleh buang 50% air tank & topup air yg baru (x perlu tmbah aquadin)

    berkenaan tongkoi kayu tu x pasti pulak buleh potong atau x...x pernah try lg, hihi...apapun kayu yg banyak cabang2 tajam mmg bahaya bagi toman...takut dia agresif melampau jer masa dok kejar makanan...seram...

    BalasPadam
  12. Selamat pagi tuan... Nak tanya sama tuan... Sy ada sekor anak toman.. Diberi dr seorng pacik... Then sy simpan di aquarium size 2 kaki... Besar ikan ada 2 jari besar jak... Masalahnya.. Diberi katak tak nak mkn... Ada cara lain tuan?

    BalasPadam
  13. Alamak...jgn la bertuan2 dgn aku bro charle... :-)
    klu toman harimau besar 2 jari biasa diet dia anak2 tilapia, anak ikan kap atau anak keli je...kalau katak biasanya diet utk toman bunga.
    Namun toman yg dimasukkan ke tmpat baru kadang kala mmg x mahu makan sehingga dia serasi @ selesa dgn suasana baru....tp xyah risau, toman boleh brtahan tanpa makanan selama 2 bulan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam bang, sy bru tukar mood dr betta ke toman ni .. Tp sy bli toman bunga tu kt kedai je kcik lg dlm sejengkal cmtu, hehehe.. Sy letak dlm akuarium 2 kaki tp dia mcm tkde mood je duduk dlm tu .. Agk² tips nk bg die besar cpt cmne? Pstu oksigen prlu ke bang?

      Padam
  14. Ok bos... Nak tnya lg air aqurium brp lama sekali perlu d ganti ya? Lepas ganti pa yg perlu di masuk... Sperti anti clorin atau ada lain2 lg ka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. penukaran air 2 mggu sekali yg terbaik..buang 50% air lama & tambah air baru...masukkan anti klorin + garam yg kaler biru tu (kalau xde, guna garam yg biasa kita makan pun boleh...1 sudu kecik dh cukup utk tank 2ft)

      Tapi kalau rajin & selalu sedut buang kotoran2 yg mendap kt dasar tank, sebulan sekali pun ok baru tukar air dia

      Padam
    2. Pernah saya dengar dari member... Diaorng ckp guna garam kasar yang ada jual d kedai pun blh... Betul kah? Bos ada no direct kontak ka atau email ka atau pun we chat senang sy contact direct minta tunjuk ajar sikit hehehe...

      Padam
  15. Yg bos cakap buang air 50% air lama, masuk yg baru tmabah anti klorin... X pa2 ka kalau ikan masi dlm tank ?

    BalasPadam
  16. Salam bang..ada Facebook tak? Senang sikit nak contact apa-apa hal..ni nak tanya..saya baru je beli 3 ekor Toman Harimau ni..dulu pernah bela Toman Bunga, tapi sekejap je, kemudian jual, sebab waktu tu tak larat nak bela..minat hilang sekejap..ni minat dah kuat balik..soalan saya, penjagaan dia ni mudah ke susah? Banyak makan tak?

    BalasPadam
  17. salam, bang bole bag tisp sket x mcm mne nk macing toman nie.

    BalasPadam
  18. Salam bro...banyak info menarik dan berguna pasal toman kat sini. Alhamdulillah dapat jugak saya belajaq pasal toman. Syabas bro!! :)

    BalasPadam
  19. Tq boss... bnyak info yg dipelajari... berminat sgt nak bela toman...

    BalasPadam
  20. salam bro. kenapa toman saya tak makan sejak beli. Dah tiga hari tak makan. Anak ikan emas elok je berenang. Tak di usik pon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko baru 3 hari bro..yg aku ni dah sebulan x mau makan hehe..sblum ni badan dia luka2 aku kasi ubat dah ok warna pon dh menarik..tp aku letak ank ikan mas jugak x mau makan lgsung yg aku heran bila aku letak2 tgn kt akuarium,mau plak dia dok hentam2 jari aku..agaknya dia x minat kot ikan mas

      Padam
  21. salam tuan Tanah kedaun..hehe.. saya dah beli anti klorin,anti white spot yg warna biru,garam warna putih dan utk elak ikan stress air warna hijau tu yg boleh wat dia tsedak bagai x mau tu..akuarium sy cuma 1 kaki suku rasanye sy tgk x smpai 2 kaki pon..sy cuma nk tau mcm mana nk set up mende2 alah bagai tu? boleh ke campur segala? warna toman sy cantik je bkilau warna hijau dia tu..sy cuma bg exercise letak cermin..dia mcm ikan laga jugak nk btempur..bila dia ganas warna dia cantik dan semakin cantik..cewah nk bertanya boleh plk nk bercerita.hehe..nk tau set up tu je (kan senang) hehehe

    BalasPadam
  22. nape ikan toman saya tak nk mkn..saye perasan setelah kematian kawan nyer yer..=)

    BalasPadam
  23. Salam...boleh kongsi tips tntng toman bunga x?

    BalasPadam
  24. Salam bro, sy ad beli toman harimau 2 hari lepas tp pgi td sy dapati beliau dah mati..sy ad bela toman bunga ngan aligator gar..tp saiz semua sama..semenjak sy beli sy jarang tgok dia makan...bese sy beli anak ikan kap la bgi mkan sume...boley share cket x camne nak bela..

    BalasPadam
  25. Salam nk tnya toman tu x melompat ke klau aquarium tu penuh??

    BalasPadam
  26. Salam bang mapia. Sy ada bela anak toman 17 ekor saiz 3-4 inci sekor dlm aquarium 4 kaki disertakan dengan oxcigen. Biasa sy akan bg makan anak ikan emas 140 ekor dlm masa selang 3 hari. Berapa lama tempoh jangka masa utk anak2 toman ni capai tahap dewasa@berat dlm 1kg senang kata tempoh dia nak besar jadi dewasa la. Maaf bertanye. Sekadar ingin tahu. Tqvm

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Halo tuan mapia.kenapa ikan toman saya tidak makan.saya beli dekat kedai.

    BalasPadam
  29. Salam tuan mapia..kawan sy ada bg anak toman harimau seekor(xsampai sejengkal panjangnya)di bawa balik selepas maemancing di beris..ikan toman yg dibela dlm aquaroim 2ft alhamdulullah makan pada hari pertama..cuma sy nak tau boleh sy guna tiub oksigen sahaja..bukan jenis pam biasa tu..

    BalasPadam
  30. Salam tuan mapia..kawan sy ada bg anak toman harimau seekor(xsampai sejengkal panjangnya)di bawa balik selepas maemancing di beris..ikan toman yg dibela dlm aquaroim 2ft alhamdulullah makan pada hari pertama..cuma sy nak tau boleh sy guna tiub oksigen sahaja..bukan jenis pam biasa tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. Sbb aq pernah bela toman dalam aquarium 1kaki lebih tanpa oksigen selama 2minggu hidup je.

      Padam
  31. Tak lompat sbb aq isi air bg penuh

    BalasPadam
  32. assalamualaikum.. saya dari indonesia mau sharing dan bertanya.. kemaren saya ada dapat anak yoman 2 ekor dari teman.. hari pertama saya pelihara anak toman tsb makan dengan lahap.. dan daya menggantti air tank tuh karena kotor.. setelah saya ganti makan masih lahap hingga beberapa hari.. namun setelah 4 hari setelah di ganti air tank tuh anakan toman mogok makan dan dia cuma berdiam di permukaan air namun apabila kita dekat dengan tank dia tidak berdiam lagi.. namu yang saya tanya kan kenapa anakan yoman saya tidak mau makan lagi.. sampai makanan anak ikan tsb mati di dalam akuarium tanpa di makan toman..

    BalasPadam
  33. alhamdulillah Sye baru dapat anak toman

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum bro, nak tanya macam mana nak agresifkan ikan toman bunga yg baru size 5-6 inchi? aku letak anak ikan, dia nak makan tp terlepas, x macam dalam youtube la pulak yg ganas2, aku letak jari pun dia lari, aku bg lepas dia makan pulak, so ada tips tak? aquarium semua dah cun hiasan realistik, patutke aku buang ikan piranha perut merah kat awuarium dan biar sekor je toman? lg pun piranha tu dah menyorok sejak ada toman.

    BalasPadam
  35. Salam ,bang tumpang tanya ikan toman bunga di letak didalam akuarium jika tidak letak okisegen boleh tk

    BalasPadam
  36. sapa minat ikan toman n ada bela sila angkt tgn✌

    BalasPadam
  37. Aslm nak tanya ..ada jual ke toman ni?

    BalasPadam