Khamis, 26 Julai 2012

Salam Perkenalan...Giant Snakehead


Terdapat lebih kurang 30 jenis toman (CHANNIDAE FAMILY) diserata dunia...sebagai rakyat MALAYSIA, aku memang bangga sebab spesis TERBESAR dan paling RARE terdapat di negara kita yakni Giant Snakehead @ Toman Harimau...di sesetengah tempat, ada juga yang menggelarnya Toman Batik. Manakala nama saintifiknya CHANNA MICROPELTES.


Mengikut rekod aku sendiri, toman jenis ni buleh membesar suku dari saiz badan beliau dalam tempoh sebulan setengah. Semasa panjang badan mencapai lebih kurang 18cm, jalur kuning dibadan beliau akan mula pecah dan membentuk corak dan warna yg akan menjadi trademark beliau seumur hidup (kalau dah panjang lengan tak pecah-pecah juga, adakah bermakna tak berapa cun le toman tersebut..??). Bak kata seorang sahabat...warna toman ni lebih dipengaruhi oleh rumpai-rumpai di habitat asalnya. Apapun, warna beliau akan lebih menyerlah, terang & garang semasa beliau rasa terancam atau tidak selesa...


Spesis dari katogari pemangsa air tawar ini adalah antara ikan paling popular yang menjadi buruan kaki-kaki pancing dan caster-caster seluruh dunia.
Oleh kerana corak dan warnanya yang cantik selain mampu membesar sehingga lebih kurang 3 kaki setengah, Giant Snakehead juga menjadi kegilaan sesetengah channidae-rian untuk disimpan didalam aquarium sebagai ikan perhiasan....fuhhhhhhhhhh.........

Anak-anak Toman Harimau
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan