Memaparkan catatan dengan label Pancing Toman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pancing Toman. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Jun 2013

Penyebab Kumpau Berdarah Semasa Memancing Toman

Aicehhh, dah 8 kali turun mancin...tapi haram, seko toman pun tak naik lagi nih. Tekanan betul laa...haha, baru 8 kali je pun...rekod peribadi aku pernah kumpau berterusan selama 2 bulan pada disember 2011 - januari 2012, masa tu memang 2 atau 3 hari sekali aku akan turun carik toman...antara jam 10am sampai 6pm. Jangan kata nak makan umpan...langgar tali pun tak dak...tu kira rekod peribadi aku la kalau nak citer pasai kumpau berdarah...haha, ujian suma tu...rileks-rileks suda....

Kat bawah ni aku list kan antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita berputih mata semasa memancing toman....


  • Tersilap bajet umpan. Walaupun mungkin tilapia dan keli menjadi senarai teratas sebagai umpan toman...sebenarnya diet utama beliau berbeza di setiap tempat. Sebagai contoh sekiranya sesuatu port terdapat banyak lampam, maka umpan lampam mungkin akan lebih menyengat dari umpan-umpan lain.
  • Terlalu cepat nak sembat apabila tali berdesup keluar.
  • Terlalu lambat nak sembat pun masalah gak....
  • Sekiranya menggunakan pelampung pun camtu jugak...takat tenggelam timbul 3-4 kali tu bior je...hulurkan lagi tali. Kekadang akan terjadi adegan kejar mengejar terlebih dahulu. Bila dah bebetoi tenggelam, baru zassss...Untuk maklumat, jika toman bersaiz megatron dah betul-betul memakan umpan, akan timbul sekumpulan gelembung-gelembung udara secara serentak dimana kawasan beliau berada semasa menjamah umpan dan seandainya keadaan pada masa itu tidak berombak, gelembung udara tesebut masih boleh dilihat walaupun dalam jarak anggaran 20-30 meter dari tebing.
  • Penggunaan saiz matakail yang tidak bersesuaian dengan saiz umpan hidup. Contohnya jika matakail besar dipasang hanya pada anak keli...semestinya anak keli tersebut akan kaku, tidak mampu berenang dan hanya akan tenggelam didasar seterusnyatidak dapat menarik perhatian dan mengorat toman-toman yang lalu lalang.
  • Terlalu banyak matakail yang dipacakkan pada badan umpan hidup...konon kalau toman makan nanti kompom tak akan terlepas. Yang terbaik untuk bottom hanyalah 1 mata sahaja dipacakkan manakala jika menggunakan pelampung maksima 2 mata sahaja. Jika melampau banyak mata yang dicucuk akan menyebabkan umpan hidup tidak mampu berenang dan mati.
  • Teknik yang digunakan tidak bersesuaian dengan cuaca dan keadaan air. Penggunaan pelampung adalah terbaik semasa air dalam keadaan tenang dan tidak berapa menyengat jika digunakan semasa cuaca panas terik dan keadaan air berombak. Namun, penggunaan pelampung masih relevan pada spot yang terlindung dari sinaran mentari walaupun memancing di tengahari buta.
  • Penggunaan perambut tangsi...boleh je...kalau sanggup kena gelak ngan toman yang dah menyerang hendap umpan...hehe...sekali je beliau henjut, kompom putus. Walau camana pun, untuk memerangkap toman rempit, perambut tangsi 60-70lb masih boleh dipercayai.
  • Kedekut mau tukar umpan. Umpan hidup yang dah lunyai, tidak aktif, telah letih, malas nak berenang...gantikan je dengan umpan yang baru, toksah dok berkira sangat. Hanya umpan hidup yang aktif bergerak je yang mampu mengganggu gugat kesabaran toman.
  • Masih belum ada rezeki...cuba, cuba dan cuba lagi...
  • Port yang kita turun tu memang tak dak toman...ecehhh....











Khamis, 23 Mei 2013

Tips Memancing Toman

Peralatan
Antara set (rod & reel) murah atau mahal, berjenama atau tidak...semua boleh digunakan. Set aku sendiri pun banyak yang cap ayam je...apadahal. Cuma kalau reel jenis ekonomi selalu buat tarik toman, maka jangka hayatnya tak le bertahan lama...itu je.
Bagi aku yang paling penting adalah pemilihan tali @ main line dan juga perambut. Sebaiknya gunakan tali yang berkekuatan 30lb-50lb dan dipadankan bersama perambut steel dengan kekuatan 40lb-60lb.

Kesesuaian Jenis Tali Dan Umpan
Dah menjadi kebiasaan kalau turun mancing memang akan bawak dan guna sekurang-kurangnya 2 batang joran...kalau berkomplot 5 orang, dah ada 10 batang joran kat situ...pakai pulak umpan hidup...perghhh, sesilap buleh bersilang & bersimpul-simpul tali satu sama lain. Jadik, untuk mengelak perkara tersebut semasa membottom bolehlah gunakan kaedah camni....penggunaan umpan yang menyelam didasar seperti keli dipadankan dengan set yang menggunakan tali mono/tangsi. Manakala penggunaan umpan yang main dipertengahan air seperti tilapia dipadankan dengan tali braided/benang. Kalau korang susun joran rapat-rapat pun insyaallah tak bersimpul.

Pemasangan Umpan Hidup
Tilapia, Lampam, Selat @ Belida...matakail dicangkok pada bahagian ekor sahaja. Manakala jika menggunakan keli sebagai umpan, matakail boleh dipacakkan pada bahagian tengkuk, pertengahan badan atau bahagian ekor...ikut keselesaan korang yang pastinya tidak selesa bagi si keli. Semasa memasang matakail jangan sampai terkena tulang belakang untuk memastikan umpan hidup mampu berenang dan tahan lama.

Pemasangan Umpan Mati (Belut)
Penggunaan belut sebagai umpan hanya sesuai untuk korang yang tidak mabuk darah dan mempunyai jiwa yang kental. Kalau setakat pegang cacing pun dah geli, apa cerita nak pegang belut...hihi...
Ada dua teknik untuk menggunakan belut sebagai umpan memancing toman. Teknik yang pertama adalah dengan cara memotong belut pada beberapa bahagian (lebih kurang setengah jengkal setiap potongan) dan terus dicangkok pada matakail. Darah beliau yang banyak dan hanyir tu le yang akan menarik perhatian toman.
Teknik yang kedua pulak adalah teknik save bajet....caranya adalah memotong belut kepada dua bahagian dan tadah darah yang mengalir ke dalam bekas. Setelah habis ditadah, belut tadi dipotong lagi agar menjadi beberapa bahagian kecil (sama seperti teknik pertama). Kemudian pasangkan umpan potongan kecil belut tadi ke matakail dan celupkan dalam bekas tadahan darah sebelum membuat balingan. Setelah beberapa ketika umpan masih belum di usik...tarik, celup dan baling semula umpan tersebut....selagi keadaan fizikal umpan masih utuh, selagi itu le korang boleh mengulangi tarik, celup dan baling semula....

Umpan Mati
Segala jenis umpan mati seperti belut, daging ayam, lembu atau kambing sebaiknya bawa yang segar dari ladang...bukan frozen yang dah seminggu dua punya.

Kenal Pasti Keadaan Dasar Spot Memancing
Untuk membottom pada satu-satu spot yang pertama kali korang redah, kenal pasti keadaan dasarnya terlebih dahulu. Cara paling mudah...gunakan batu ladung semata-mata (tanpa apa-apa matakail @ mata tiga), kemudian baling dibeberapa kawasan dan karau perlahan-lahan. Cara ini dapat membantu korang mengagak bagaimana keadaan dasar sesuatu spot sama ada terdapat banyak rumpai, batu atau kayu dan sedikit sebanyak boleh mengelakkan umpan hidup tersangkut didasar.

Menduga Selera Toman
Semasa turun memancing toman, sebaiknya bawalah beberapa jenis umpan. Contohnya daging kambing, belida & tilapia. Variasi dan kepelbagaian umpan kadangkala menyelamatkan kita dari kumpau berdarah.

Waktu Terbaik
Bagi aku yang baru setahun jagung dalam arena memancing toman...waktu siang adalah masa terbaik untuk mencari toman. Seawal 7 pagi hingga 7 petang.

Bila Nak Sembat..?
Toman cara makan dia adalah menangkap mangsa dan bawak lari dulu. Jadik, bila tali korang berdesup keluar, biarkan dulu, jangan terburu-buru...rileks-rileks sudaaa sambil persiapkan kuda-kuda...bila dia berhenti seketika, dan mula bergerak semula...time tu le korang sembat...kalau rasa dah lekat terus je la layan. Tapi kalau masa sembat tu rasa kosong, karau @ tarik slow-slow...jika umpan masih ada kat matakail, percentage toman nak mengejar dan memakan semula umpan tersebut masih tinggi.

Etika Memancing Toman 
Seandainya korang memancing toman dan hasilnya korang memang nak bela, ada beberapa etika yang korang boleh amalkan.
  • membawa saiz tong ikan yang bersesuaian
  • hasil yang pertama terus masukkan kedalam tong...yang kedua, ketiga mahupun yang kesepuluh, semuanya boleh dimasukkan kedalam tong yang korang bawak. Tapi bila selesai memancing dan mahu beredar pulang, mana-mana hasil yang korang mark sebagai tak menepati kriteria yang korang nak, lepaskan je semula dengan rela...esok lusa boleh carik lagi...apadahal
  • lagi besar toman, lagi besor le tong yang diperlukan. Sebab tu kalau dapat toman yang melebihi saiz tong yang korang bawak, elok CNR je toman tersebut...sayang kalau mati.
Untuk mengetahui cara-cara bagaimana mahu membawa balik toman liar yang korang pancing tu dalam keadaan segar dan masih bernyawa, boleh refer pada entri PENJAGAAN TOMAN BATIK...jika dilakukan dengan betul Insyaallah dari KL ke utara pun toman-toman tersebut mampu bertahan dan masih hidup.
Antara beberapa gambar toman-toman harimau @ giant snakehead yang berasal dari Empangan Batu, Ulu Yam...kini dah mendapat kerakyatan negeri Perlis. Sehingga artikel ini ditulis, tidak kurang dari 53 ekor toman yang telah dihantar kesana secara berperingkat tanpa ada seekor pun yang mati semasa dalam perjalanan...Alhamdulillah. Ada antara toman-toman tersebut dilepaskan ke dalam kolam komersial, kolam persendirian dan juga sekadar dibela didalam akuarium....dan yang paling menarik ada antaranya dilepaskan oleh group-group caster ke habitat liar untuk menduga semula toman-toman tersebut dikemudian hari....



Toman all black