Memaparkan catatan dengan label Kolam Pancing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kolam Pancing. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mac 2013

Toman 2013

Assalamualaikum....hampir bersawang blog ni, lama rasanya aku x buat apa-apa posting. Sebenarnye sekarang ni jarang sangat dah aku gi menoman. Kalau turun port pun sekadar melawat kawasan dan menjenguk sahabat-sahabat yang memancing jerk. Bukan bermakna aku dah bersara, cuma buat masa ni cuaca x berapa nak mengizinkan ditambah pula jadual kerja yang padat.

Untuk tahun 2013 ni....sehingga artikel ini di tulis, hanya 2 ekor toman je yang berjaya di bawak masuk ke dalam akurium kat rumah aku, tu pun saiz rempit je...huhuhu....







Tahun 2013 memang mencabar kalau nak mancin toman kat empangan batu nih pasal dalam sebulan 2 atau 3 kali diorang dok lepas tilapia & keli. Sekali lepas 4 @ 5 tan, memang kenyang le toman-toman kat dalam dam nu...umpan yang kita baling langsung dia x usik...pernah sekali aku guna anak keli, yang belasah umpan tu pun bapak keli...adoyaiiiii, tekanan....


Pasai tu la kalau turun sana skang ni memang aku standby dedak sesiap. Kot tilapia tengah banyak, aku kensel main toman. Mancin tilapia je la, x pun try main rohu...ada strike jugak....









Kalau ada masa tapi malas nak turun dam, aku layan mancin kolam je...asal buleh mancin, ikan dapat tak dapat belakang kira....














Memang best layan kolam, boleh gian jadiknya...Kat area KL ni antara kolam peberet yang selalu aku tuju Kolam Pak Din, Kolam Legasi, D'Kali, Apak & Wu Ping....tapi empangan batu jugak pilihan hati....tunggu je lah masa yang sesuai nnti.......

UPDATE 31/3/2013
Lagi 2 ekor toman Ulu Yam yang berjaya dibawa naik...x dan bawak balik rumah, dah ada pembeli yang sedia menunggu, awal-awal diorang dah book sesiap....memang hebat penangan toman, biso bonar...








Sabtu, 28 Julai 2012

Kolam Spesis Megatron


Banyak kolam-kolam pancing berbayar yang ada di Malaysia sekarang ni....banyak jugak la kolam-kolam sekitar KL, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis yang aku dah redah....memang ada beberapa kolam pancing air tawar terbaik yang memang best kalau nak layan spesis-spesis mega.

Salah satu antaranya ialah kolam AQUA PRO Guar Jentik. Antara spesis-spesis megatron yang menghuni kolam ni seperti Patin, Mekong, Tongsan, Keli, Rohu, Pacu, Kap Rumput, Leekoh dan juga Toman....banyak jenis tu, pilih aje mana yang berkenan...siapkan umpan..! Hehehe....
















 















 


































 













Sebenarnya apa yang aku dapat ni tak seberapa pun jika nak dibandingkan dengan apa yang pemancing-pemancing lain bawak naik......

TONGSAN



















TONGSAN



















KELI



















KELI















ROHU















ROHU















JELAWAT















PACU



















PATIN



















PATIN















MEKONG















MEKONG




















Ada juga pemancing yang  tidak memilih jenis ikan yang bakal dipancing, kecil besar...semua diorang sapu....asal buleh....janji strike..!!!















Walau macam mana sekalipun, adik sorang ni la yang paling best....kecil-kecil cili padi....hasil siap angkut dengan kereta sorong....baik punya punggah....























Sedikit info berkenaan kolam ni.....
Nama Kolam: AQUA PRO GUAR JENTIK
Alamat: Km 11, Jalan Abi Padang Melangit, Guar Jentik, 02400 Beseri, Perlis.
Katogari: Kolam air tawar
Keluasan Kolam: 100m X 40m
Paras Air: 10 kaki dalam

Waktu Urusniaga: 9 pagi - 12 malam / Dibuka setiap hari
Kos: RM26 / 3 jam
Kemudahan Asas: Ruang solat, kafe, toilet, lot parking
Lain-Lain: Kawasan memancing berbumbung, kereta sorong (kalau hasil takat seko dua, toksah ngengada nak guna la..kehkeh)

Spesis Mega: Rohu (7kg/up), Keli (15kg/up), Patin (18kg/up), Pacu (5kg/up), Mekong (13kg/up), Tongsan (7kg/up)
Lain-Lain Spesis: Kap, Jelawat, Toman

Pada yang baru nak berjinak-jinak dengan arena pemancingan kolam...yang tak tahu setting @ cara-cara bancuhan umpan pun boleh cuba-cuba bergasak kat kolam ni sebab diorang memang ada perkhidmatan bancuhan umpan untuk para pelanggan....free jer....hah, tak ke best kalau macam tu...?
Untuk maklumat lanjut korang boleh la hubungi pihak pengurusan Aqua Pro 013-4448675
Address dah bagi...kalau tak tau jugak nak cari, refer je map kat bawah ni....