Sabtu, 16 Mac 2013

Perambut Torpedo + Daging Lembu Untuk Main Megatron

Sebelum ni aku pernah membuat posting Perambut Torpedo yang di sesuaikan dengan isi ayam....cuma kali ni kita ubah sikit dengan menggunakan daging lembu pulak. Kalau korang nk guna daging kambing pun boleh.

Bahan-bahannye...cam biasa la, perambut torpedo, benang & daging segar dari ladang.....




Memola......kasi hiris je daging tersebut, bior nipis, panjang & lebor....




Lebih kurang saiz camni le yang kita nak...baru senang mau pasang kat matakail nanti...



haa...pastu satu-persatu hirisan daging tadi korang sangkut la kat matakail dan lilit cun-cun sampai ke mata tiga....kacang je kan..??? Practice make perfect kata omputeh...hehe




Selesai sudah proses melilit...tapi belum siap lagi nih...


Step yang terakhir....ikat ngan benang pulak. Tujuannye, bila korang baling nanti umpan korang tu tetap je macho dan hensem....x le berterabur merata tempat...

haaa ni kira dah siap la....boleh je kalau korang nak main secara bottom atau pelampung....





Note:
  • Matakail bahagian atas haruslah terkeluar daripada lilitan daging.
  • Jika cara pemasangan umpan dilakukan dengan betul, Insyaallah perambut torpedo ni selamat digunakan dan tidak akan menyebabkan kecederaan parah pada toman yang bakal di strike kerana hanya matakail bahagian atas sahaja yang akan bold di mulut beliau.


Saiz Umpan Untuk Layan Megatron

Berikut adalah saiz umpan terbaik untuk main toman saiz bapak. Lagi besar umpan, lagi besar la toman yang bakal korang strike...dan korang jugak kena paham, lagi besar umpan, lagi besar la peratus korang nk membangau....




Ada yang tanya, kenapa mesti guna saiz umpan yang bosa..??? Pasai target nak tarik toman gadang, kalau guna umpan saiz ciput biasanya toman-toman rempit ni pulak yang belasah dulu. Lagi satu kalau dok perati, kat dam Ulu Yam ni mama, bapak ngan atok toman selalu berlegar antara 60-80 meter dari tebing...kot guna umpan hidup saiz curut, memang x larat dia nak berenang sampai ke tengah...lebih kurang cenggitu la teori nye....





Tapi apa yang paling mengecewakan bilamana toman dah makan umpan....tengah canteeekkkk melayan....tiba-tibaaaa pulak boleh lucut...samada perambut, mainline putus, matakail patah atau bold x cun....sabo je la...sok lusa pun try lagi, apadahal...










Toman 2013

Assalamualaikum....hampir bersawang blog ni, lama rasanya aku x buat apa-apa posting. Sebenarnye sekarang ni jarang sangat dah aku gi menoman. Kalau turun port pun sekadar melawat kawasan dan menjenguk sahabat-sahabat yang memancing jerk. Bukan bermakna aku dah bersara, cuma buat masa ni cuaca x berapa nak mengizinkan ditambah pula jadual kerja yang padat.

Untuk tahun 2013 ni....sehingga artikel ini di tulis, hanya 2 ekor toman je yang berjaya di bawak masuk ke dalam akurium kat rumah aku, tu pun saiz rempit je...huhuhu....







Tahun 2013 memang mencabar kalau nak mancin toman kat empangan batu nih pasal dalam sebulan 2 atau 3 kali diorang dok lepas tilapia & keli. Sekali lepas 4 @ 5 tan, memang kenyang le toman-toman kat dalam dam nu...umpan yang kita baling langsung dia x usik...pernah sekali aku guna anak keli, yang belasah umpan tu pun bapak keli...adoyaiiiii, tekanan....


Pasai tu la kalau turun sana skang ni memang aku standby dedak sesiap. Kot tilapia tengah banyak, aku kensel main toman. Mancin tilapia je la, x pun try main rohu...ada strike jugak....









Kalau ada masa tapi malas nak turun dam, aku layan mancin kolam je...asal buleh mancin, ikan dapat tak dapat belakang kira....














Memang best layan kolam, boleh gian jadiknya...Kat area KL ni antara kolam peberet yang selalu aku tuju Kolam Pak Din, Kolam Legasi, D'Kali, Apak & Wu Ping....tapi empangan batu jugak pilihan hati....tunggu je lah masa yang sesuai nnti.......

UPDATE 31/3/2013
Lagi 2 ekor toman Ulu Yam yang berjaya dibawa naik...x dan bawak balik rumah, dah ada pembeli yang sedia menunggu, awal-awal diorang dah book sesiap....memang hebat penangan toman, biso bonar...