Jumaat, 27 Julai 2012

Macam-Macam Hal Pasai Snakehead

1. BABY CHANNA
Walaupun ada pelbagai corak dan warna, tapi kebanyakan spesis Channidae ni semasa zaman pampers memang lebih kurang sama...jalur kuning tu tetap ada....





































2.CHANNA MICROPELTES
Toman daripada spesis Channa Micropeltes yang cedera pada bahagian luaran seperti sopak dan luka biasanya akan sembuh dalam 3 hari...dan dalam jangkamasa 7 hari, sisik baru akan tumbuh dan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang parut @ kesan yang beliau pernah tercedera....

Manakala matakail yang lepas ke dalam (selalu sangat terjadi pada kaki-kaki bottom) dan tersangkut pada bahagian kerongkong, biasanya akan terlucut dalam tempoh 1 higga 2 minggu....

p/s: Melalui pemerhatian aku semata-mata
 




















3.TRANSFORMASI SAIZ BADAN TOMAN RIMAU

April 2012 (23cm) - Jun 2012 (44cm)
Dibela secara solo didalam akuarium 3 kaki
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam

Mengikut rekod aku, kebanyakan anak toman yang dibela dengan diet yang mencukupi mampu membesar suku dari saiz badan beliau dalam masa sebulan setengah....namun, keluasan tempat simpanan/kolah/akuarium juga adalah faktor yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran saiz beliau

Satu kepuasan bila tengok beliau membesar depan mata







































Spesis Toman Dari Serata Dunia

Berikut adalah beberapa jenis toman yang terdapat di serata dunia dan ada antaranya hanya mampu membesar lebih kurang 20cm atau sebesar tapak tangan sahaja. Namun, oleh kerana kecomelan dan kecantikan melampau, ianya amat sesuai jadikan ikan perhiasan. Memang berseri-seri rumah kalau dapat bela spesis-spesis ni....































 

































Memang cantik kalau bubuh dalam akuarium...walaupun cantik, comel & kiut, ianya tetap spesis predator...jadik, jangan pulak korang buat berani seluk tangan dalam akuarium....kot hilang pulak sebatang dua jari nanti.....

Manakala dalam keluarga Channidae.....Channa Diplogramma yang berasal dari Cochin River, Southwestern India adalah yang paling menyerupai dari segi bentuk badan, warna dan juga corak Giant Snakehead (Channa Micropeltes) yang banyak terdapat di negara kita, Malaysia. Diplogramma juga lebih dikenali dengan nama MALABAR Snekehead. Bagi sesetengah kes, agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua spesis ini.
















Lebih kurang macam ni le keadaan saiz, corak serta fizikal anak-anak toman yang baru lahir dengan toman-toman yang telah matang ataupun dewasa....


































Berikut adalah tempat dan habitat asal spesis channa yang tercatat dalam sebuah laman web di AS...apa yg aku tau, di AS diorang ni agak anti dengan toman-toman liar yang ada kat sana sebab diorang takut toman-toman  tersebut akan mengancam spesis-spesis tempatan yang ada...sepertimana di Malaysia, ada antara kita yg risau dengan kehadiran Arapaima serta Peacock Bass kat spot masing-masing...kehkeh...



















Toman Harimau Untuk Dijual

Pada sesiapa yang berminat mendapatkan toman harimau untuk dibuat benih atau dijadikan perhiasan didalam akuarium bolehlah ushar line & window shopping dulu gambar-gambar dibawah....
Setiap stok baru akan di update dari masa ke semasa.


Nama tempatan: Toman Harimau aka Toman Batik
Nama Inggeris: Giant Snakehead
Nama Saintifik: Channa Micropeltes

Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: G0029
Usia: Anggaran 2-3 tahun
Panjang: 47 cm
Warna: Gold Striking + Coklat + Hitam
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM230

 



Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: Anak-Anak Toman
Usia: Anggaran 1 tahun
Panjang: 20 cm-30 cm
Warna: Gold + Coklat + Hitam
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM30-RM50 seekor





















Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: G0031
Usia: Anggaran 1 setengah-2 tahun
Panjang: 41 cm
Warna: Gold + Coklat + Hitam
Corak: Batik (kiri badan) & Belang Harimau (kanan badan)
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM160

G0031 ni satu-satunya stok aku dengan 2 corak paling ketara perbezaannya...Jika air cantik dan bersih, akan muncul warna hijau-hijau pisang pada badan beliau.... 




















Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: G0032
Usia: Anggaran 2 tahun
Panjang: 46 cm
Warna: Hitam + Coklat Gelap/Purple
Warna Lain: Ada tompokan-tompokan hijau pada sirip atas & imbasan hijau pada bahagian ekor
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM80































Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: G0035
Usia: Anggaran 1-1 tahun setengah
Panjang: 34 cm
Warna: Gold + Coklat Gelap/Hijau+ Hitam
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM80



















STOK ANAK-ANAK TOMAN BARU SAMPAI
Stok kali ni banyak pulak yang bewarna kuning kehijauan....comel-comel belaka.....kalah Neelofa ngan Izara Aishah.....

Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: Anak-Anak Toman
Usia: Anggaran 1 tahun
Panjang: 20 cm-35 cm
Warna: Gold + Coklat/Kuning/Hijau + Hitam
 Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM30-RM50 seekor




















Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Kod: G0038
Usia: Anggaran 2 tahun
Panjang: 43 cm
Warna: Gold + Coklat + Hitam 
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM120
P/s: Stok terbaru...buat masa ni (8/10/2012) bahagian bibir bawah masih luka...

















Asal: Empangan Batu, Ulu Yam
Usia: Anggaran 1 tahun
Panjang: 20 cm
Warna: Gold + Kuning Cair + Hitam Pudar
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam segar
Harga: RM15
Toman Najwa Latip aka toman kosong....corak apa pun xdak, warna pulak pudar....memang tak cun la senang cerita...Untuk suka-suka buat koleksi & nak pelbagaikan stok toman peliharaan ok la kot....ngeeee....



























UPDATE 13/11/2012
KESEMUA STOK TOMAN TELAH HABIS LICIN BUAT MASA NI.....(HANYA TINGGAL BEBERAPA EKOR SAHAJA UNTUK AKU SENDIRI BELA)
MEMANDANGKAN SEKARANG NI MUSIM HUJAN, AKTIVITI MEMANCING TOMAN JUGA SEMAKIN TERHAD, DITAMBAHKAN LAGI SKANG NI CUTI SEKOLAH.....MASA FREE AKU LEBIH BANYAK DIHABISKAN BERSAMA FAMILI, BAWAK ANAK-ANAK AKU GI HOLIDAY.
INSYAALLAH, JIKA PANJANG UMUR AKU, PENGHUJUNG BULAN 12 BARU AKTIVITI MENOMAN AKAN BERMULA SEPERTI BIASA......TERIMA KASIH PADA SEMUA BUYER DAN JUGA PENGUNJUNG BLOG  INI....
SEKIAN, WASSALAM.....


Kesemua gambar di atas adalah toman-toman yang telah berada sekurang-kurangnya 7 hari dalam simpanan/belaan aku terlebih dahulu untuk proses kuarantin bagi memastikan beliau memang berada dalam keadaan sihat dan cergas sebelum di let go......
Berkenaan harga yang dipaparkan hanyalah sebagai tanda sahaja...sekiranya benar-benar berminat, kita boleh sembang-sembang dulu...bisik-bisik....nego-nego....tak jadik masalah.
Untuk maklumat lajut boleh hubungi aku @ sms 016-321 3559