1. BABY CHANNA
Walaupun ada pelbagai corak dan warna, tapi kebanyakan spesis Channidae ni semasa zaman pampers memang lebih kurang sama...jalur kuning tu tetap ada....
2.CHANNA MICROPELTES
Toman daripada spesis Channa Micropeltes yang cedera pada bahagian luaran seperti sopak dan luka biasanya akan sembuh dalam 3 hari...dan dalam jangkamasa 7 hari, sisik baru akan tumbuh dan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang parut @ kesan yang beliau pernah tercedera....
Manakala matakail yang lepas ke dalam (selalu sangat terjadi pada kaki-kaki bottom) dan tersangkut pada bahagian kerongkong, biasanya akan terlucut dalam tempoh 1 higga 2 minggu....
p/s: Melalui pemerhatian aku semata-mata
3.TRANSFORMASI SAIZ BADAN TOMAN RIMAU
April 2012 (23cm) - Jun 2012 (44cm)
Dibela secara solo didalam akuarium 3 kaki
Diet: Keli, lampam, tilapia, anak ikan mas, daging ayam
Mengikut rekod aku, kebanyakan anak toman yang dibela dengan diet yang mencukupi mampu membesar suku dari saiz badan beliau dalam masa sebulan setengah....namun, keluasan tempat simpanan/kolah/akuarium juga adalah faktor yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran saiz beliau
Satu kepuasan bila tengok beliau membesar depan mata |
bro nk Tanya toman aku ni dah masuk 2 minggu la x nk makan..hr tu dia kena kutu air penuh kt badan..aku dh cuci akuarium2-3 kali pastu cuci bdn dia buang kutu.skg bdn dia dh x luka..yg merah2 luka tu dh putih la..mcm nk sihat la,..tp mslhnye dia x nk mkn la,..camne ye? setakat ni dh 4 ekor toman teman bela sume mati..paling besar 4kg..tu pon dia bantai lompat..dh la tinggi akuariumnye..ni yg latest bru x sampai sekilo la..agak syg la takut dia mati kan..so kalo ada jln penyelesaian sila la bantu amber..
BalasPadam