Isnin, 12 November 2012

Edisi Santai Melayan Lampam

11/11/2012, saja aku bawak famili gi Putrajaya....cadang nk mancin lampam kat Wetland.....aku pilih lokasi ni pasai tempat ni antara port paling selesa kalau nak beriadah dengan keluarga.....ada pondok untuk berteduh, cafe, surau, toilet....kira suma lengkap lah....tempat pun cantik dan bersih.....

ok....samapai jerk Wetland, kita makan-makan dulu...sambil ushar-ushar port mana yang berkenan....ngehehe....


Besa kalau mancin kat sini aku guna dedak jerk, kepal kat spring bom atau guna mata rambai....tapi aku lebih suka guna spring bom sebab buleh sangkut sekali 2-3 ekor sekali tarik....kot tak nak guna dedak, guna roti atau palet pun boleh.....


Walaupun hasil tak berapa nak meriah, tapi yang penting anak-anak aku suma seronok....


Sebenarnya selain lampam banyak lagi spesis ikan yang ada kat Taman Tasek Wetland nih....antaranya baung, belida, temoleh, patin, bujuk dan toman.....untuk informasi terkini, skang ni perkhidmatan sampan sewa untuk memancing/casting dah dimansuhkan.....harap-harap pasni diorang akan adakan balik le perkhidmatan tersebut......huhuhu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan