Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Posting kali ni aku selaku budak baru belajar ingin berkongsi pengalaman dan juga pengetahuaan aku yang tak seberapa dalam penjagaan Toman Batik aka Toman Harimau.
Memandangkan kesemua toman-toman yang aku perolehi daripada spesis liar, sebaiknya aku story kan step by step...seawal beliau dikeluarkan daripada habitat asalnya.....
Memang wajib bagi aku untuk bawak tong atau bekas 4 segi yang bersaiz 64cm X 56cm X 48cm bila turun memancing toman.
Gunakan air asal daripada habitat beliau. Isi air separas suku tong...dan jangan biarkan bekas tersebut terdedah pada haba matahari. Kalau x memang kompom almarhum la toman-toman yang korang pancing tu...
Seandainya korang memang benar-benar berniat nak angkut bawak balik toman yang korang pancing dalam keadaan masih bernyawa, INGAT....
- Gunakan bekas 4 segi atau tong ikan yang besar
- JANGAN masukkan toman kedalam jut @ jaring, kemudian letak kedalam air....mati toman tersebut
- JANGAN hanya gunakan beg plastik untuk isi toman, pastu korang sambung layan mancing....pun mati akibatnye
- JANGAN gunakan bekas berbentuk bulat seperti baldi atau tong sampah. Seandainya toman tidak boleh meluruskan badannya dalam jangkamasa 1-2 jam....akan mati jugak la jawapnye
TEMPOH KUARANTIN
Kebiasaannya, sesampainya di rumah...aku akan kuarantin toman-toman tersebut ke dalam akuarium khas selama 7 hari dengan penjagaan rapi. Air akuarium sebaiknya dicampurkan bersama Aquadine General Aid dengan sukatan 3 penutup + 2 penutup anti klorin bagi akuarium 4 kaki.
Kebiasaannya, sesampainya di rumah...aku akan kuarantin toman-toman tersebut ke dalam akuarium khas selama 7 hari dengan penjagaan rapi. Air akuarium sebaiknya dicampurkan bersama Aquadine General Aid dengan sukatan 3 penutup + 2 penutup anti klorin bagi akuarium 4 kaki.
Insyaallah dalam tempoh tersebut, kecederaan pada mulut toman akibat terkena matakail ataupun toman yang terkena fungus @ sopak pada sisik akan sembuh sepenuhnya tanpa meninggalkan sebarang kesan yang beliau pernah tercedera.
- Harga sebotol Aquadine antara RM1.50 - RM2 sahaja
- Penggunaan Aquadine General Aid akan menukar air akuarium korang menjadi warna hijau dan dalam tempoh 2 - 3 jam pertama...toman memang kelihatan amat2 tidak selesa, kerap berkeadaan seperti tersedak dan lebih kerap timbul mengambil udara....semua tu normal, dun wori...
MENGEKALKAN CORAK DAN WARNA TOMAN BATIK
Memang sukar untuk mengekalkan warna asal toman liar apabila dimasukkan ke dalam akuarium kerana kandungan oksigen dan juga rumpai di habitat asal tidak sama dengan yang terdapat di dalam akuarium. Namun, ada beberapa tips yang boleh korang cuba untuk mengekalkan warna beliau dengan sebaik mungkin....sememangnya warna dan corak pada badan beliau sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh aksesori yang korang gunakan....
- Wujudkan satu suasana yang realistik
- Tak perlu menggunakan batu yang berwarna warni...cukup sekadar 2 atau 3 warna sahaja, seperti batu hitam & coklat @ batu coklat & putih
- Pokok atau tumbuhan plastik...
- Yang terbaik gunakan rumpai hidup...boleh dapatkan di petshop atau korang rembat je kat memana lombong atau tasek...dalam seminggu dua, memang ada perbezaan yang ketara pada warna beliau...akan jadi lebih terang dan bersinar
- Kangkung kebiasaannya yang dijual di kedai runcit atau pasar juga boleh digunakan
- Hiasan tongkol kayu....melalui pemerhatian aku, hiasan ini boleh menjadikan corak dan warna toman semakin gelap (bukan pudar)....namun elakkan penggunaan kayu yang banyak cabang dan tajam
DIET & PEMAKANAN
Tempoh penghadaman toman setelah menelan seekor keli adalah antara dua hingga tiga hari (melalui pemerhatian terhadap berpuluh-puluh toman yang pernah aku bela)...oleh itu, kebiasaannya aku akan memberi makanan asas beliau yang berupakan keli, tilapia atau lampam 2 hari sekali, 1 ekor untuk setiap ekor toman. Manakala untuk makanan tambahan beliau ataupun sekadar pencuci mulut, aku akan lepaskan kedalam akuarium sekumpulan anak-anak lampam atau anak ikan mas...kiranya jika makanan asas yang diberi tidak cukup mengenyangkan beliau, ianya akan di cover balik oleh makanan tambahan yang disediakan.
Seandainya diet ini dilakukan dengan teratur untuk anak-anak toman bersaiz 25cm - 40cm, dalam masa tiga bulan pertama akan ada perubahan besar dan ketara pada saiz beliau dan pada masa inilah jalur dibadannya akan mula pecah membentuk corak sedikit demi sedikit. Dalam jangkasa 6 hingga 12 bulan kemudian badan beliau akan full disaluti oleh corak batik atau belang harimau...Insyaallah.
Selain diet, saiz tank atau akuarium juga memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pembesaran toman. Sekiranya saiz akuarium agak sempit dan tidak selesa untuk toman bergerak, maka akan tergendala lah tumbesaran beliau.
- Mengikut fakta yang dikeluarkan oleh sebuah jabatan (aku lupa jabatan apa nama ntah) toman daripada keluarga Channa Micropeltes yang dibela boleh membesar sehingga 2kg setahum....manakala dalam sekumpulan 80 - 150 ekor anak-anak toman, hanya 30% yang berjaya hidup sehingga dewasa.
P/S: Sekiranya korang ada tips lelain yg boleh dikongsikan dalam penjagaan toman harimau, jangan malu jangan segan...boleh dikongsikan pada ruangan komen....sharing is caring