Sabtu, 16 Mac 2013

Perambut Torpedo + Daging Lembu Untuk Main Megatron

Sebelum ni aku pernah membuat posting Perambut Torpedo yang di sesuaikan dengan isi ayam....cuma kali ni kita ubah sikit dengan menggunakan daging lembu pulak. Kalau korang nk guna daging kambing pun boleh.

Bahan-bahannye...cam biasa la, perambut torpedo, benang & daging segar dari ladang.....




Memola......kasi hiris je daging tersebut, bior nipis, panjang & lebor....




Lebih kurang saiz camni le yang kita nak...baru senang mau pasang kat matakail nanti...



haa...pastu satu-persatu hirisan daging tadi korang sangkut la kat matakail dan lilit cun-cun sampai ke mata tiga....kacang je kan..??? Practice make perfect kata omputeh...hehe




Selesai sudah proses melilit...tapi belum siap lagi nih...


Step yang terakhir....ikat ngan benang pulak. Tujuannye, bila korang baling nanti umpan korang tu tetap je macho dan hensem....x le berterabur merata tempat...

haaa ni kira dah siap la....boleh je kalau korang nak main secara bottom atau pelampung....





Note:
  • Matakail bahagian atas haruslah terkeluar daripada lilitan daging.
  • Jika cara pemasangan umpan dilakukan dengan betul, Insyaallah perambut torpedo ni selamat digunakan dan tidak akan menyebabkan kecederaan parah pada toman yang bakal di strike kerana hanya matakail bahagian atas sahaja yang akan bold di mulut beliau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan