Antara set (rod & reel) murah atau mahal, berjenama atau tidak...semua boleh digunakan. Set aku sendiri pun banyak yang cap ayam je...apadahal. Cuma kalau reel jenis ekonomi selalu buat tarik toman, maka jangka hayatnya tak le bertahan lama...itu je.
Bagi aku yang paling penting adalah pemilihan tali @ main line dan juga perambut. Sebaiknya gunakan tali yang berkekuatan 30lb-50lb dan dipadankan bersama perambut steel dengan kekuatan 40lb-60lb.
Kesesuaian Jenis Tali Dan Umpan
Dah menjadi kebiasaan kalau turun mancing memang akan bawak dan guna sekurang-kurangnya 2 batang joran...kalau berkomplot 5 orang, dah ada 10 batang joran kat situ...pakai pulak umpan hidup...perghhh, sesilap buleh bersilang & bersimpul-simpul tali satu sama lain. Jadik, untuk mengelak perkara tersebut semasa membottom bolehlah gunakan kaedah camni....penggunaan umpan yang menyelam didasar seperti keli dipadankan dengan set yang menggunakan tali mono/tangsi. Manakala penggunaan umpan yang main dipertengahan air seperti tilapia dipadankan dengan tali braided/benang. Kalau korang susun joran rapat-rapat pun insyaallah tak bersimpul.
Pemasangan Umpan Hidup
Tilapia, Lampam, Selat @ Belida...matakail dicangkok pada bahagian ekor sahaja. Manakala jika menggunakan keli sebagai umpan, matakail boleh dipacakkan pada bahagian tengkuk, pertengahan badan atau bahagian ekor...ikut keselesaan korang yang pastinya tidak selesa bagi si keli. Semasa memasang matakail jangan sampai terkena tulang belakang untuk memastikan umpan hidup mampu berenang dan tahan lama.
Pemasangan Umpan Mati (Belut)
Penggunaan belut sebagai umpan hanya sesuai untuk korang yang tidak mabuk darah dan mempunyai jiwa yang kental. Kalau setakat pegang cacing pun dah geli, apa cerita nak pegang belut...hihi...
Ada dua teknik untuk menggunakan belut sebagai umpan memancing toman. Teknik yang pertama adalah dengan cara memotong belut pada beberapa bahagian (lebih kurang setengah jengkal setiap potongan) dan terus dicangkok pada matakail. Darah beliau yang banyak dan hanyir tu le yang akan menarik perhatian toman.
Teknik yang kedua pulak adalah teknik save bajet....caranya adalah memotong belut kepada dua bahagian dan tadah darah yang mengalir ke dalam bekas. Setelah habis ditadah, belut tadi dipotong lagi agar menjadi beberapa bahagian kecil (sama seperti teknik pertama). Kemudian pasangkan umpan potongan kecil belut tadi ke matakail dan celupkan dalam bekas tadahan darah sebelum membuat balingan. Setelah beberapa ketika umpan masih belum di usik...tarik, celup dan baling semula umpan tersebut....selagi keadaan fizikal umpan masih utuh, selagi itu le korang boleh mengulangi tarik, celup dan baling semula....
Umpan Mati
Segala jenis umpan mati seperti belut, daging ayam, lembu atau kambing sebaiknya bawa yang segar dari ladang...bukan frozen yang dah seminggu dua punya.
Kenal Pasti Keadaan Dasar Spot Memancing
Untuk membottom pada satu-satu spot yang pertama kali korang redah, kenal pasti keadaan dasarnya terlebih dahulu. Cara paling mudah...gunakan batu ladung semata-mata (tanpa apa-apa matakail @ mata tiga), kemudian baling dibeberapa kawasan dan karau perlahan-lahan. Cara ini dapat membantu korang mengagak bagaimana keadaan dasar sesuatu spot sama ada terdapat banyak rumpai, batu atau kayu dan sedikit sebanyak boleh mengelakkan umpan hidup tersangkut didasar.
Menduga Selera Toman
Semasa turun memancing toman, sebaiknya bawalah beberapa jenis umpan. Contohnya daging kambing, belida & tilapia. Variasi dan kepelbagaian umpan kadangkala menyelamatkan kita dari kumpau berdarah.
Waktu Terbaik
Bagi aku yang baru setahun jagung dalam arena memancing toman...waktu siang adalah masa terbaik untuk mencari toman. Seawal 7 pagi hingga 7 petang.
Bila Nak Sembat..?
Etika Memancing Toman
Seandainya korang memancing toman dan hasilnya korang memang nak bela, ada beberapa etika yang korang boleh amalkan.
- membawa saiz tong ikan yang bersesuaian
- hasil yang pertama terus masukkan kedalam tong...yang kedua, ketiga mahupun yang kesepuluh, semuanya boleh dimasukkan kedalam tong yang korang bawak. Tapi bila selesai memancing dan mahu beredar pulang, mana-mana hasil yang korang mark sebagai tak menepati kriteria yang korang nak, lepaskan je semula dengan rela...esok lusa boleh carik lagi...apadahal
- lagi besar toman, lagi besor le tong yang diperlukan. Sebab tu kalau dapat toman yang melebihi saiz tong yang korang bawak, elok CNR je toman tersebut...sayang kalau mati.
Antara beberapa gambar toman-toman harimau @ giant snakehead yang berasal dari Empangan Batu, Ulu Yam...kini dah mendapat kerakyatan negeri Perlis. Sehingga artikel ini ditulis, tidak kurang dari 53 ekor toman yang telah dihantar kesana secara berperingkat tanpa ada seekor pun yang mati semasa dalam perjalanan...Alhamdulillah. Ada antara toman-toman tersebut dilepaskan ke dalam kolam komersial, kolam persendirian dan juga sekadar dibela didalam akuarium....dan yang paling menarik ada antaranya dilepaskan oleh group-group caster ke habitat liar untuk menduga semula toman-toman tersebut dikemudian hari....
Toman all black |