Jumaat, 17 Mei 2013

Teknik Membuat Banglow Untuk Ikan Liar






Memancing ikan liar seperti di lombong-lombong, tasik, empangan dan sungai agak mencabar kerana kawasannya luas. Sekiranya tempat tersebut diluar kebiasaan kita, maka agak sukar untuk kita mengagak dimanakah lubuk tempat ikan-ikan bersantai bersama keluarga. Oleh yang demikian, kita perlulah membuat ikhtiar untuk memanggil ikan-ikan tersebut datang bergembira di kawasan, port atau lubuk pilihan kita yang dirasakan terbaik.
Cara paling mudah utk memanggil ikan-ikan tersebut berdamping dengan kita di kawasan terpilih adalah dengan membuat sedikit kerja amal, iaitu memberi ikan makan, memberi ikan merasa umpan dan membuat tarikan supaya ikan sudi menetap di tempat pilihan tersebut...ataupun lebih tepat lagi, membuat banglow untuk ikan-ikan tersebut.


Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Buah sawit (setengah guni) yang dibubuh dlm guni dan dilenyek dengan tayar.
Hampas kelapa seguni
Dedak ayam beberapa kg
Tepung gandum
Guni gula (ditebuk lubang mengguna api rokok sekelilingnya, anggaran 30-40 lubang
Batu sebagai pemberat (boleh gak guna batu bata atau sesaiz dengannye)
Tali utk menambat 

Cara-Caranya Pula Adalah...

Untuk Sungai
Kalau nak mancing guna umpan sawit, ambil buah sawit tadi separuh dibubuh dlm guni dan dibubuh batu tersebut. Ikat tali pada guni itu.. Jika di sungai, ikat guni tersebut di tebing sedikit hulu dari lubuk kita (kira-kira 2-3 meter) biarkan guni terendam dlm air (tapi jgn bagi orang nampak pulak). Separuh lagi sawit tu curahkan je dalam air, sedekah kepada ikan. Selepas kira-kira 5-6 hari bolehlah cuba memancing di tempat tersebut... semasa sampai di lokasi...goyang-goyangkan tepi pengikat guni supaya bauan dalam guni keluar... salah 1 pancing kita, baling betul-betul di depan tempat kita duduk dalam jarak 1 hingga 2 meter sahaja.. selebihnya terpulang pada selera kita. Sebaiknya balingan menghilir sungai pada jarak tidak jauh dari tebing, balingan jauh. Umpannya pula adalah sawit, tidak kira sawit lembik, sawit sebiji keras maupun sawit satay.
Jika ingin mengguna hampas kelapa pula, caranya hampir sama...seguni hampas kelapa. separuh dimasukkan dalam guni berlubang dan direndam seperti sawit itu... separuh lagi dibahagi dua...sebahagian dicurah terus ke dalam sungai. Sebahagian lagi digaul dengan sedikit tepung atau dedak lalu dikepal supaya berketul dan dilemparkan ke sungai ...Selepas beberapa hari bolehlah cuba memancing di situ. Bolehlah mengguna umpan hampas kelapa digaul bersama tepung... atau ditambah dedak (sekiranya guni kita berisi dedak) atau apa2 yg dirasakan sesuai.
Juga boleh dicampurkan kedua bahan pertama (sawit) dan kedua (hampas kelapa dan dedak) untuk kesan yang lebih baik.

Untuk Lombong, Tasik @ Empangan
Caranya tidak banyak beza, cuma guni tadi dilemparkan sejauh mungkin dn dibiarkan tenggelam...pada anggaran jarak kita akan membaling umpan semasa memancing nanti. Kepalan hampas kelapa bersama tepung juga dibalingkan ke tempat sama dan selebihnya juga begitu.Selepas beberapa hari insyaallah akan menjadi tempat berehat ikan. Kadang-kadang selepas beberapa jam ikan sudah mula datang menjamu selera. Bahan-bahan untuk diguna sebagai pemanggil ini boleh dipelbagaikan mengikut jenis ikan. Boleh juga dibuat menggunakan perut ayam...Untuk perut ayam, boleh juga mengguakan botol besar. Botol ditebuk lubang dan dimasukkan batu dan perut ayam, lalu dibuat seperti cara tersebut di atas. Perut ayam juga boleh dicampurkan sekali dengan sawit dan hampas kelapa jika mahu.

Setelah kita berkhtiar, maka berdoa dan bertawakal supaya ikan berkenan utk melepak di lokasi yang kita panggil serta sudi menjamah umpan apabila kita memancing....  
 
Untuk Ikan Apa?
Cara ini sebenarnya untuk menarik semua jenis ikan, tidak kira jenis. Kadang kala orang beranggapan ini hanya untuk ikan yang memakan umpan pemanggil yang kita buat sahaja. Namun hakikatnya, ianya menarik perhatian semua jenis ikan. Malahan ikan pemangsa seperti TOMAN juga akan menghampiri kawasan ini kerana anak-anak ikan berkumpul di kawasan banglow yang dibuat. Oleh sebab itu, jangan pulak korang berasa pelik sekiranya melihat sesetengah pemancing yang melemparkan gumpalan dan kepalan dedak terlebih dahulu sebelum memancing toman.

Teknik Khas Membuat Banglow Untuk Toman
Selain cara di atas yang boleh juga dilakukan untuk memanggil toman...terdapat satu lagi lagi teknik, khas untuk membuat banglow toman. Cuma teknik ini memang memerlukan keyakinan tahap gaban, kalau korang was-was, baik jangan dicuba.



Caranya:
Bawak sebaldi anak-anak keli (dalam 20-30 ekor), lepaskan je dari tebing dimana tempat korang nak memancing....dan x perlu tunggu lama, korang boleh terus mula memancing time tu jugak. Sekiranya air jernih, boleh diperhatikan port tersebut akan menjadi tempat toman berlegar-legar mencari mangsa.
p/s: Teknik ni hanya sesuai dipraktikkan di kawasan yang tebingnya menjunam dan dalam


Kadang-kadang orang takut nak buat sebab khuatir nanti orang lain yang gi mancing kat situ... Oleh yang demikian, semasa memilih tempat, pilihlah yang sesuai. Sebenarnya, kita harus ingat, kita hanya berusaha... jika dah ditakdirkan rezeki kita ada kat situ, Insyaallah akan ada hasilnya. Dan Allah Taala suka kepada org yang berusaha. Sekiranya tak mendapat ikan sekalipun, ada pahala kerana memberi makhluk lain makan....
Sekian...

p/s: Sekadar untuk berkongsi pengetahuan....ok ke kalau lepas ni aku buat entri TEKNIK MENUBA pulak..? huhuhu...



2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. x berani nk buat entri bab mengilat tuman pasai diluar bidang pengetahuan...asyik kumpau je bila try layan casting..hikhik...
      Tuba menuba...bunyik cam menarik je bang azim..kikiki

      Padam